Hari ini saya nak kongsi tips pengurusan kewangan untuk menunaikan rukun islam yang kelima.
Ketika musim haji, tanah suci Mekah akan dibanjiri oleh umat Islam seluruh pelusuk dunia termasuklah Malaysia. Malah, rakyat kita tergolong dalam kelompok yang begitu bertuah kerana mampu menunaikan ibadat dengan selesa dan sempurna.
Namun perbelanjaan ke tanah suci bukanlah sedikit. Jika menerusi Tabung Haji, hampir RM10,000 perlu dibelanjakan bagi tujuan ke sana. Bagi mereka yang mampu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.
Justeru, tanamkan impian dan buat perancangan awal agar impian anda untuk mengerjakan ibadah haji akan terlaksana. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda dalam merencanakan tabungan anda:
1. Tetapkan Matlamat
Setiap dari kita pastinya mempunyai matlamat tersendiri. Matlamat penting bagi memastikan impian tercapai. Jika anda boleh menetapkan matlamat untuk membeli rumah atau kereta, mengapa tidak matlamat untuk menunaikan haji. Mengumpul wang untuk menunaikan haji bukanlah satu jangka masa yang pendek. Anda boleh meletakkan jangka masa untuk anda mengumpul wang ke Tanah Suci. Letakkan matlamat ini sejak dari awal memulakan kerjaya lagi.
2. Mulakan Dari Awal
Jangan bertangguh untuk memulakan simpanan. Apabila matlamat telah dicapai, segera mula bertindak. Jika kini anda berusia 28 tahun, mulakan membuat potongan gaji sekurang-kurangnya RM100 sebulan ke dalam Tabung Haji. Dalam tempoh setahun, anda sudah mampu mengumpul RM1,200. Jika anda merancang untuk menunaikan haji pada usia 40 tahun, maka jumlah simpanan anda sudah mencapai RM14,400 pada ketika itu. Jumlah ini sudah memadai bagi anda untuk menunaikan haji di Kota Mekah.
3. Berjimat Dalam Berbelanja
Jika anda merasakan RM100 sebulan agak membebankan, cuba buang sikap boros dan amalkan sikap berjimat cermat. Perhatikan tabiat berbelanja anda setiap hari. Jika anda memperuntukkan RM20 sehari untuk makan, apa kata kurangkan sedikit jumlahnya kepada RM18 sehari. Simpan baki RM2 sehari ini dalam tabung khas. Dalam masa sebulan, anda sudah mampu mengumpul RM60. Biarpun memakan jangka masa yang lebih lama untuk mencapai jumlah yang mencukupi bagi menunaikan haji, ia bukanlah masalah besar asalkan peluang anda untuk menjejaki Kota Mekah terlaksana akhirnya.
4. Mulakan Dari Kecil
Kewangan anda untuk ke Tanah Suci telah anda rancang dengan sempurna. Bagaimana pula dengan anak-anak anda? Sebagai ibu bapa, tidak salah kiranya anda mendidik anak-anak untuk membuat tabungan awal untuk menunaikan haji. Hal ini akan memudahkan lagi urusan pengurusan haji anak-anak anda apabila mereka dewasa kelak. Didik anak-anak anda tentang kepentigan menunaikan fardu haji agar mereka bersemangat untuk turut membuat tabungan.
5. Jangan Melangkaui Matlamat
Melihat jumlah simpanan yang banyak menyebabkan anda mula berasa ragu-ragu. Ketika ini timbul pelbagai keinginan sehinggga memaksa anda untuk menggunakan simpanan ini bagi tujuan lain yang pastinya bertentangan dengan matlamat anda. Bagi mengelakkan hal ini daripada timbul, asingkan tabungan untuk menunaikan haji dengan tabungan lain. Jangan sesekali beralih daripada matlamat yang telah anda tetapkan sejak dari awal lagi.
6. Manfaatkan Bonus Tambahan
Bonus adalah ganjaran yang ditunggu-tunggu pada setiap hujung tahun. Ketika inilah ramai yang membelanjakan bonus untuk membeli pelbagai barangan yang membelanjakan keseluruhan bonus tersebut. Simpan antara 30 hingga 40 peratus daripada bonus itu ke dalam akaun tabung haji.
Alhamdulillah.. artikel ini juga untuk saya buat panduan dan pedoman untuk diri saya...
wajib baca..!!!
SIMPANAN SYARIAH KHAS UNTUK KE TANAH SUCI MEKAH
Peluang keemasan kepada semua umat islam berumur 18 tahun ke atas untuk simpanan khas bagi mengerjakan ibadat haji ke tanah suci mekah...
Ciri-ciri simpanan yang ditawarkan ini amat berbeza dengan simpanan lain. Antara ciri uniknya adalah :-
1) Simpanan bersifat unit amanah - dilaburkan ke kaunter yang berasaskan syariah
2) Dividen tahunan antara 9% - 13% (pada tahun 2003 - dividen setinggi 20%)
3) Khairat kematian sebanyak RM7,000 (24 jam selepas meninggal)
4) Perlindungan di Mekah - jika anda menyimpan di simpanan ini dan jika berlaku apa-apa kepada anda di Mekah, kami akan membayar pampasan.
5) Simpanan ini anda boleh wariskan melalui Hibbah Amanah Raya Berhad.
6) Simpanan boleh dikeluarkan pada bila2 masa (tertakluk kepada terma dan syarat)
Simpanan Minimum RM50/bulan, simpanan Maximum RM5,000/tahun.
Simpanan boleh dilakukan melalui Biro Angkasa, Potongan Gaji, Kredit Kad atau cek.
Saya ada jalan penyelesaian yang mudah, selamat dan bersistematik, berminat utk mengetahui, sesi taklimat PERCUMA - sms "simpan haji" & NAMA ke 017-2659605
DIJAMIN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan