Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

15 Februari, 2011

Pelan Perlindungan Pendapatan

Tuan/puan,

Kenapa kita menyertai takaful? Adakah kerana kita nak dapat elaun ribuan ringgit bila masuk hospital? Atau adakah untuk tujuan pelaburan?

Masih ramai di luar sana yang masih tidak jelas tentang keperluan takaful. Ramai yang menyertai takaful hanya sekadar cukup syarat atau dalam kata lain ‘asalkan ada cover’. Tetapi adakah apa yg diperoleh menerusi sesebuah pelan takaful memenuhi matlamat asal pemilikan sesuatu polisi takaful.

Persoalan yang bermain di pemikiran kita ialah adakah kita dapat menjamin pendapatan bulanan kita dalam keadaan selamat. Kita boleh bertanya pada diri sendiri aset manakah yang paling berharga sekali kepada anda diwaktu ini?

Adakah kereta, rumah, barang kemas?

SEDARKAH ANDA!!!!

Sedarkah kita semuanya akan hilang sekelip mata apabila sesuatu MUSIBAH berlaku
Yang manakah 100% Milik Anda- Kemewahan dan kemudahan yang disediakan akan bertukar menjadi beban dengan sekelip mata bila anda tidak membayarnya.

Namun kita selalu lupa, sebenarnya aset paling berharga sekali adalah pendapatan kita. Sekiranya ditakdirkan, kita tiba-tiba hilang sumber pendapatan, secara tidak langsung pegangan aset-aset kita yang lain turut terjejas.

Perlindungan pendapatan bermaksud perlindungan dari segi pendapatan yang akan diterima waris sekiranya pemegang polisi takaful meninggal dunia atau perlindungan dari segi pendapatan harian atau bulanan jika berlaku hilang upaya kekal. Jika berlaku hilang upaya kekal, berkemungkinan besar seseorang tidak lagi mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan untuk menjana pendapatan.

Perlindungan pendapatan ini boleh diperoleh menerusi pelan asas takaful iaitu manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Pastikan manfaat ini diperoleh dalam kadar yang maksima selari dengan apa yang dibayar. Sebagai contoh, jika kita membayar RM100sebulan, pastikan kita mendapat had semaksima mungkin dari segi manfaat asas, mungkin sehingga RM200,000.00 perlindungan. Walaubagimanapun, ini semua bergantung kepada julat umur.

* Faedah lain yang boleh ditambah antaranya ialah
1. 36 Penyakit Kritikal
2. Kemalangan
3. Hospital
4. Pelepasan Pembayar



MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:

EXECUTIVE CONSULTANT
EN. SYAH
017.265.9605

Tiada ulasan: