Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.
Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.
Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.
Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.
Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.
Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.
Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.
Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.
Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.
Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.
Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.
Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,”
Pada asasnya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.
“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.
“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,”
Pada zahirnya skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.
“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,”
“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.
Menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.
18 Ogos, 2010
Bagaimana Persediaan Anda??
* Adakah Anda Mampu Menyediakan RM 50,000 Dalam Masa Yang Singkat Sekiranya Doktor Pakar Anda Memerlukannya Sebagai Kos Rawatan Anda?
* Adakah Anda Mempunyai Simpanan Yang Terjamin Untuk Persaraan Dan Simpanan Pelajaran Anak Anda?
* Apakah Yang Akan Terjadi Kepada Keluarga Anda Sekiranya Sesuatu Terjadi Kepada Anda. Bagaimanakah Mereka Akan Menyara Kehidupan Mereka?
Sudahkah Anda Bersedia? Jika Jawapan Anda TIDAK..... Anda Masih Belum Terlewat.... Produk MAA Takaful Kami Akan Membantu
Hubungi saya untuk temujanji kita, shah @ 0133239602

Saya Company Cover Unlimited
Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited…” atau ada juga yang bagitau saya, “Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik“
Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.
PERTAMA- Company cover unlimited….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)….limitnya adalah…
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le amik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”
KEDUA – Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Kou tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?….” atau “Kou memang nak ke, sakit nie terkena kat kou”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada keboleha untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.
Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.
Sekadar berkongsi pengalaman.
Alhamdulillah..seorang client saye telah selamat mendapat rawatan di Senawang Specialist Hospital ( Salam) kerana denggi.Beliau tidak perlu membayar bil hospital menggunakan duit sendiri kerana menggunakan Smart Medic 100 (MAA Takaful) tanpa sebarang masalah.Saya bersyukur dan berbesar hati dapat membantu client saya ini.Kepuasan bagi saya selaku Perunding Takaful.Namun, tugas saya bukan setakat itu sahaja,kerana tugas selaku Perunding Takaful akan berterusan selagi kita berkhidmat dalam industri ini.Saya yakin perunding yang lain sependapat dengan saya.Di luar sana mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak faham kegunaan kad perubatan ini.Mungkin juga ada yang berpendapat tidak perlu ada kad ini kerana tidak nampak faedahnya. Menjadi tugas saya selaku Perunding Takaful mencari dan menerangkan selengkap mungkin kepada orang ramai mengenai pengetahuan tengtang kad perubatan ini,di samping membantu anda merancang sesuatu yang tidak dirancang.
Sebarang maklumat lanjut,hubungi shah@0133239602

13 Ogos, 2010
Pengurusan Kewangan
Menurut suatu kajiselidik yang dijalankan oleh Citibank pada bulan Oktober 2008 di Malaysia, 37% para responden merasakan dengan kedudukan kewangan mereka tergugat, manakala 21% para responden lagi menyatakan wang simpanan mereka hanya mampu bertahan selama 1 (satu) bulan sahaja, sekiranya diberhentikan kerja.
Secara puratanya, rakyat Malaysia hanya mempunyai wang simpanan yang dapat bertahan selama 11 minggu sahaja.
Lebih daripada 60% responden menyatakan, mereka menyimpan 20% pendapatan bulanan (ini tidak termasuk 11% potongan gaji untuk wang simpanan KWSP)
Sejumlah 12% para responden, tidak menabung langsung.
Walaupun 86% para respoden menegaskan mereka cuba mengikut belanjawan, namun hanya 28% para responden dapat mengikut perancangan tersebut.
Ini jelas menunjukkan, perlunya suatu pengurusan kewangan dan cara hidup dalam kalangan pengguna di Malaysia, lebih –lebih lagi dalam kegawatan ekonomi yang melanda serata dunia.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERANCANGAN KEWANGAN?
Perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan ekonomi/ kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara – perkara yang ingin dilakukan seperti, berkahwin, membeli aset – kereta/rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita.
Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenalpasti cara – cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN PENGURUSAN KEWANGAN?
Sesungguhnya, setiap orang memerlukan pengurusan kewangan. Yakni, kita mempunyai pendapatan atau elaun, dan perlu berbelanja hampir setiap hari serta harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing, dan turut mempunyai impian untuk dikejar, sama ada kita ialah :
* Pelajar
* Bekerja sendiri
* Pekerja
* Suri Rumah
* Bersara
MENGAPAKAH KITA MEMERLUKAN PERANCANGAN KEWANGAN?
Pada setiap fasa hidup kita, kita mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila hidup kita berubah, maka kehendak dan keperluan hidup kita turut berubah. Perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup.
Perancangan kewangan dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita; serta mengecapi kepuasan berbelanja. Perancangan kewangan perseorangan turut membantu kita mengumpulkan harta dengan cara yang paling efisyen. Lantaran itu, perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. Pokoknya, perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan fan kehendak hidup kita
FAEDAH PERANCANGAN KEWANGAN
Perancangan kewangan merupakan satu proses yang dinamik yang memerlukan pemonitoran dan penilaian yang berterusan, agar anda dapat mengawal kedudukan kewangan anda. Perancangan kewangan yang persis dan tepat mampu menjanjikan anda mengecapi matlamat anda.
Tanpa satu perancangan yang sesuai, anda mungkin akan terpaksa menghadapi risiko seperti wang simpanan yang tidak mencukupi untuk menampung kos pendidikan, wang pendahuluan untuk pembelian rumah atau menanggung kos hidup selepas bersara. Pengurusan kewangan yang baik dapat membantu anda mencapai:
1. Mengatasi inflasi
Kedudukan ekonomi sesuatu negara bergantung kepada permintaan, maka kedudukan kewangan anda haruslah lebih tinggi daripada kadar inflasi negara.
2. Mengurangkan kadar cukai
Bayaran cukai pendapatan dapat dikurangan sekiranya anda mengunakan setiap cara/peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan pengecualian cukai.
3. Menguruskan perbelanjaan yang lain – lain.
Sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk berbelanja/kecemasan seperti sakit selain daripada mengharapkan perlindungan insurans.
4. Mencapai matlamat
Membiayai perbelanjaan Universiti anak – anak, dan melancong menunjukkan strategi pengurusan kewangan yagan terancang
5. Menanggung kos hidup selepas bersara
Pengurusan kewangan membolehkan kita mengekalkan cara hidup yang sama mahupun selepas bersara. Kemungkinan besar, memulakan satu tabung simpanan untuk menampung perbelanjanaan selepas bersara adalah perlu sebagai tambahan kepada KWSP.
6. Mengekalkan hubungan yang lebih baik – tidak perlu meminjam
Dapat mengekalkan hubungan yang lebih baik dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja, kerana anda tidak perlu meminjam atau mengharapkan bantuan kewangan daripada sesiapa.
7. Bebas daripada masalah kewangan
Disebabkan anda telah merancang aliran kewangan anda, menjangka perbelanjaan yang bakal dihadapi dan mencapai matlamat hidup anda.
8. Mengambil berat tentang orang yang anda sayangi.
Dapat mengurus dan merancang perbelanjaan hidup anda dan orang yang anda sayangi.
Mengapakah simpanan itu penting?
1. Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan. Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Maka tujuan utama menabung adalah untuk menampung perbelanjaan mungkin anda hadapi. bak kata pepatah “sediakan paying sebelum hujan”.
2. Anda boleh menabung untuk pembelian aset atau untuk memberikan anda peluang berbelanja yang lebih fleksibel agar mencapai matlamat anda.
3. Berbelanja dengan berhemat dapat membantu kita menabung dengan lebih efektif. Sekiranya, jumlah pendapatan bulanan anda tidak menentu, anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda dari memyimpan suatu jumlah yang ditetapkan.
MENGURUSKAN KREDIT.
Apakah yang dimaksudkan dengan kredit?
1. Sekiranya anda berbelanja secara kredit, anda melepaskan peluang untuk berbelanja pada masa depan dengan berbelanja sekarang. Anda juga terpaksa berbelanja lebih daripada nilai sebenar kerana harus membayar faedah.
2. Perbelanjaan secara kredit mungkin merupakan satu kaedah perbelanjaan yang bijak sekiranya anda tidak berbelanja lebih daripada kemampuan anda.
3. Nilai aset tetap seperti rumah akan meningkat setiap tahun membentuk ekuiti.
4. Melabur wang untuk pendidikan atau latihan selalunya akan menjamim pulangan yang lebih baik.
5. Apabila mengunakan perkhidmatan secara kredit, pastikan anda tidak berbelanja lebih daripada 20 – 25% pendapatan bersih anda.
6. Anda boleh mendapat pinjaman daripada bank, Perbadanan Koperasi, polisi insurans nyawa, syarikat kewangan dan pendahuluan tunai melalui kad kredit.
7. Cuba elakkan diri daripada ‘Along’ dan agensi – agensi kewangan yang tidak berlesen.
Menguruskan kad kredit.
1. Pengunaan kad kredit merupakan salah kaedah meminjam yang paling mahal dimananya faedahnya adalah tinggi dan dikenakan yuran tahunan.
2. Cuba mengawal kos kad kredit anda dengan memilih kad kredit yang menawarkan faedah dan yuran tahunan yang kurang serta tidak mengenakan bayaran tinggi terhadap had kredit. Cuba mencari promosi kad kredit dimana anda tidak perlu membayar yuran tahunan.
3. Bayar hutang anda tepat pada masanya.
4. Langsaikan akaun tertunggak setiap bulan atau bayar lebih daripada amaun minimum yang ditetapkan.
5. Sila baca semua peraturan/arahan yang telah ditetapkan
6. Sila berbelanja mengikut perancangan awal anda. Praktikkan disiplin diri semasa berbelanja dengan kad kredit.
LANGKAH – LANGKAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
Proses – proses yang terlibat dalam perancangan kewangan:-
1. Menilai semula kedudukan kewangan anda dengan meneliti pendapatan dan perbelanjaan.
2. Merangka target kewangan yang ingin dicapai.
- jangka masa pendek (membeli kereta) & jangka panjang (membeli rumah)
- bersifat realistik dan spesifik (cth: menabung RM 3000 dalam jangka masa 5 bulan)
3. Merangka belanjawan.
4. Menilai semula perancangan kewangan dan membuat pelan/langkah yang seterusnya
- Mengenalpasti keperluan dan kehendak anda
- membuat pilihan dan alternatif lain.
- Menangguh perbelanjaan yang kurang penting
5. Merancang aliran kewangan anda dan mengambil kira hal – hal yang harus didahulukan
- produk dan khidmat kewangan
- mengumpul harta
- menginsurans aset
- menguruskan hutang
- meneliti dan merancang cara pembayaran cukai
6. Meneliti dan menilai semula rangka kewangan
- bersandarkan kepada pengalaman anda
Asas insuran
1. Insuran membantu anda menguruskan risiko dengan mengurangkan kerugian kepada jumlah wang yang mampu anda tangani.
2. Untuk menginsurankan sesuatu; ia mestilah bernilai kepada anda dimana kehilangannya berpotensi menyebabkan anda mengalami masalah kewangan.
3. Insuran yang dibeli haruslah melindungi anda dan keluarga anda semasa dalam kesusahan yang mungkin menyebabkan anda mengalami masalah kewangan.
4. Terdapat dua jenis insuran iaitu untuk diri anda sendiri dan juga untuk aset anda.
Asas pelaburan
1. Pelaburan adalah satu cara yang selamat untuk mendapatkan pulangan. Anda akan memperoleh pulangan dari wang yang anda laburkan.
2. Biasanya, semakin tinggi potensi untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan maka semakin tinggilah risiko yang terpaksa dihadapi. Untuk mengurangkan risiko tersebut, anda haruslah bijak mempelbagaikan pelaburan anda dari segi jenis pelaburan dan juga tahap risikonya.
3. Dalam membuat keputusan tentang pelaburan, anda perlulah mengambil kira tentang kedudukan kewangan semasa serta risiko dan juga keperluan keluarga anda.
TIP UNTUK MENINGKATKAN KEWANGAN ANDA
1. Sentiasa berbelanja mengikut bajet anda.
Bajet dapat membantu anda untuk mencapai impian kewangan yang anda impikan serta membolehkan anda bersedia menghadapi masa kesukaran yang tidak dapat dijangka.
2. Membayar hutang kad kredit.
Kita sering leka apabila menggunakan kad kredit ini kerana tidak berurus niaga dengan wang tunai. Namun kita haruslah berjaga-jaga, kerana untuk akaun tertunggak akan dikenakan faedah yang tinggi yang boleh mencecah sebanyak 13.5% setahun.
3. Mempunyai pelan simpanan.
Cuba memperuntukan sekurang-kurangnya 5% atau 10% dari gaji anda untuk simpanan sebelum membayar segala hutang anda.
4. Memaksimakan segala kemudahan yang disediakan oleh majikan.
Pemeriksaan kesihatan kadang-kala memerlukan wang yang banyak. Maka, kadang-kala agak berbaloi sekiranya anda mendapat kerja yang berpendapatan rendah yang memberikan kemudahan perubatan supaya tidak perlu memperuntukkan wang untuk membeli insuran yang mahal dan diluar kemampuan mereka.
5. Menilai semula perlindungan insuran anda
Polisi insuran anda mungkin bertindih-tindih maka anda perlulah memastikan yang anda tidak mempunyai dua insuran dalam satu masa. Cuba pastikan supaya anda tidak perlu membayar lebih untuk insuran anda. Perlu diingatkan satu insuran sahaja sudah memadai untuk melindungi segala kemungkinan yang berlaku.
6. Sentiasa kekalkan rekod yang baik.
Jika anda tidak kekalkan rekod kewangan yang baik kemungkinan besar anda tidak dibenarkan untuk menuntut cukai pendapatan anda. Pastikan anda merekod segala pemotongan cukai supaya anda peroleh kembali wang anda.
7. Berbelanja kurang dari apa yang diperolehi.
Berbelanja lebih daripada bajet atau di luar kemampuan yang akan mengakibatkan kedudukan kewangan anda tergugat amatlah tidak digalakkan lebih-lebih lagi masa kegawatan ekonomi.
Misalnya:- Jika anda tidak mampu membeli sebuah kereta Proton Perdana, ianya berbaloi membeli sebuah kereta Proton Waja dan bakinya boleh disimpan dan digunakan dimasa kecemasan
8. Mencari tawaran.
Terdapat banyak kilang yang menawarkan barang atau produk yang berkualiti serta harga yang lebih rendah. Anda juga boleh melayari laman web mereka yang mengiklankan berbagai tawaran dan diskaun sehingga mencecah 30%.
9. Jangan beli jika anda boleh meminjam/sewa.
Sesetengah buku boleh didapati di perpustakaan tanpa perlu dibeli dan sama juga seperti video yang boleh disewa di kedai video. Buku juga kadangkala dapat disewa di kedai buku dan anda tidak perlu bersusah payah untuk membeli dan membazirkan wang serta ruang untuk disimpan dirumah.
10. eSave dalam utiliti
Sesetengah perbelanjaan kadang-kadang tidak boleh dielakkan tetapi anda boleh mengurangkan perbelanjaan tersebut.Contoh :
- Telefon bimbit, jika anda menggunakan kad pra-bayar ia jauh lebih murah dari menggunakan talian kerana anda dapat mengehadkan penggunaan anda.
- Tidak menggunakan penghawa dingin dirumah boleh mengurangkan bil bulanan anda sebanyak RM80.
- Anda juga boleh menjimatkan penggunaan petrol dengan mengamalkan cara pemanduan yang berhemah di jalan raya.

Faedah Merancang Kewangan
Perancangan Kewangan memang menyebabkan beberapa aktiviti keseronokan anda akan terhenti buat sementara waktu tetapi ianya hanyalah bersifat sementara sahaja. Namun, banyak faedahnya jika anda membuat perancangan. Berikut ialah faedah-faedah yang anda akan perolehi jika sekiranya anda membuat perancangan kewangan.
Faedah Perancangan Kewangan:-
1. Mempunyai lebih kawalan terhadap hal ehwal kewangan. Dengan mengawal kewangan, anda dapat mengelakkan daripada berbelanja lebih, dapat menguruskan hutang dengan lebih baik dan dapat mengelakkan risiko muflis serta dapat mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada orang lain.
2. Mengeratkan hubungan peribadi dengan orang di sekeliling. Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, anda akan gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang daripada saudara mara dan sahabat handai untuk memenuhi keperluan kehidupan. Mereka yang berada di sekeliling anda akan berasa selesa dengan keadaan itu. Cuba bayangkan kalau kita ni selalu meminjam .... orang nampak dari jauh pun akan melarikan diri kerana dah tahu kita datang nak meminjam. Jadi, hubungan anda dengan orang di sekeliling pun akan jadi renggang.
3. Bebas daripada kebimbangan kewangan. Apabila anda sudah merancang, anda tahu kedudukan kewangan anda sekarang dan pada masa akan datang. Semuanya sudah dirancang untuk mencapai matlamat peribadi hidup anda.
4. Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda, bukan setakat diri anda malahan tanggungan anda.
Nah.... bukankah ianya lebih baik daripada tidak merancang. Apabila anda berupaya menguruskan kewangan anda, anda akan jadi lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Fikiran anda juga jadi lebih tenang kerana anda mampu mengawal segalanya.

12 Ogos, 2010
LINDUNGI KELUARGA ANDA...
FAKTA
setiap hari...
setiap hari...
- purata 18 kematian akibat kemalangan jalanraya
- purata 679 kemalangan jalanraya dilaporkan
- dari 679 kes, 123 melibatkan kecederaan
- purata 298 kes kemalangan industri dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008
- 4 dari 298 kes yang dilaporkan adalah kes KEMATIAN
- 56 dari 298 kes yang dilaporkan adalah kes HILANG UPAYA KEKAL
- setiap bulan, dari tahun 2004 hingga 2008, purata 1,464 kes kebakaran dilaporkan
- setiap bulan purata 5 kematian dan 6 tercedera dari tragedi tersebut
sumber-kementerian pengangkutan
PATINA GOLD adalah cara mudah untuk melindungi keluarga anda
hubungi saya untuk info lanjut, 013-3239602 @ onesyah_80@yahoo.com
09 Ogos, 2010
08 Ogos, 2010
MAA Takaful Rangkul Anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2010
MAA Takaful sekali lagi telah merangkul anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2010 (KLIFF). Ini bermakna MAA Takaful telah menerima anugerah ini dua tahun berturut-turut 2009 & 2010 dan tiada sebarang kesangsian lagi bahawa produk MAA Takaful adalah yang terbaik.
Kepada yang masih lagi tercari-cari produk takaful yang bersesuaian dengan anda, jangan ragu lagi, pilihlah MAA Takaful sebagai pengendali takaful pilihan anda dan juga keluarga.
Irwan Shah Bin Haji Abu Hassan
Executive Consultant
MAA Takaful Berhad
Tel: 013.3239602
E-Mel: onesyah_80@yahoo.com
04 Ogos, 2010
HIKMAH DIAM
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhiratnya. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain, manakala di akhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita diseksa kekal abadi di dalam neraka.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. itu tidak digunakan unuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara berhikmah.
Antara hikmah berdiam daripada banyak berkata ialah:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)
Manakala hadis kedua pula yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari &Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya." (Riwayat at-Tirmidzi)
Para hukama' ada bermadah yang bermaksud: "Banyaknya diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
"Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang lain..."
"Jika orang menghina kita, bukan kita terhina. Yang sebenarnya orang iu, menghina dirinya sendiri."
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan terbaik ialah diam jika kita tidak dapat bercakap perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman dan diri manusia.

- Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
- Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amalan
- Menutup segala aib
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)
Manakala hadis kedua pula yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari &Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya." (Riwayat at-Tirmidzi)
Para hukama' ada bermadah yang bermaksud: "Banyaknya diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
"Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang lain..."
"Jika orang menghina kita, bukan kita terhina. Yang sebenarnya orang iu, menghina dirinya sendiri."
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan terbaik ialah diam jika kita tidak dapat bercakap perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman dan diri manusia.
Langgan:
Catatan (Atom)