Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

13 Ogos, 2010

Faedah Merancang Kewangan

Perancangan Kewangan memang menyebabkan beberapa aktiviti keseronokan anda akan terhenti buat sementara waktu tetapi ianya hanyalah bersifat sementara sahaja. Namun, banyak faedahnya jika anda membuat perancangan. Berikut ialah faedah-faedah yang anda akan perolehi jika sekiranya anda membuat perancangan kewangan.

Faedah Perancangan Kewangan:-

1. Mempunyai lebih kawalan terhadap hal ehwal kewangan. Dengan mengawal kewangan, anda dapat mengelakkan daripada berbelanja lebih, dapat menguruskan hutang dengan lebih baik dan dapat mengelakkan risiko muflis serta dapat mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada orang lain.

2. Mengeratkan hubungan peribadi dengan orang di sekeliling. Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, anda akan gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang daripada saudara mara dan sahabat handai untuk memenuhi keperluan kehidupan. Mereka yang berada di sekeliling anda akan berasa selesa dengan keadaan itu. Cuba bayangkan kalau kita ni selalu meminjam .... orang nampak dari jauh pun akan melarikan diri kerana dah tahu kita datang nak meminjam. Jadi, hubungan anda dengan orang di sekeliling pun akan jadi renggang.

3. Bebas daripada kebimbangan kewangan. Apabila anda sudah merancang, anda tahu kedudukan kewangan anda sekarang dan pada masa akan datang. Semuanya sudah dirancang untuk mencapai matlamat peribadi hidup anda.

4. Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda, bukan setakat diri anda malahan tanggungan anda.

Nah.... bukankah ianya lebih baik daripada tidak merancang. Apabila anda berupaya menguruskan kewangan anda, anda akan jadi lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Fikiran anda juga jadi lebih tenang kerana anda mampu mengawal segalanya.

Tiada ulasan: