Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

24 Oktober, 2010

Menguruskan Risiko Kewangan

Seorang dewasa yang bertanggungjawab tidak akan memperjudikan masadepan keluarganya tanpa membuat persediaan wajar bagi menghadapi risiko-risiko mendatang khususnya risiko kewangan.

Islam memerintahkan orang beriman agar sentiasa membuat persediaan untuk masa hadapan diri dan keluarganya.

Memahami risiko kewangan dan cara mengatasinya merupakan satu aspek penting dalam perancangan kewangan.

Berusaha membuat perubahan masa depannya adalah tanggungjawab seorang beriman. Mencari ilmu, berfikir sebelum bertindak dalam sekecil-kecil perkara, menganalisa secara kritikal, membuat rumusan, merancang dan membetulkan sikap adalah termasuk dalam kerangka usaha yang boleh dilakukan oleh setiap insan.

Sikap membiarkan segala berlaku mengikut arus samalah seperti golongan Murjiah yang menganggap manusia ibarat kapas yang tidak dipertanggungjawabkan menentukan haluan hidupnya selaras dengan ketentuan sistem yang telah ditakdirkan Allah.

Setiap ketua keluarga adalah aset kepada keluarganya. Jika pendapatan bulanannya RM5000 sebulan bererti beliau akan membawa pendapatan sebanyak RM60,000.00 setahun. Jika usianya baru 35 tahun dan bakal berhenti kerja pada usia 55 tahun bermakna beliau akan membawa pendapatan sebanyak RM1.2 juta.

Di atas andaian beliau akan terus sihat selama 20 tahun akan datang, terus hidup dan membawa pulang wang RM60k setahun beliau menyusun perbelanjaan dan kebanyakannya secara hutang.

Jika beliau menhadapi penyakit kritikal, hilang upaya kerja atau meninggal dunia bermakna aset RM1.2 juta yang menjadi harapan keluarganya musnah. Jika ada tabungngan yang dibuat akan dibelanjakan bagi menanggung kos rawatan.

Apakah wajar risiko ini tidak diperhatikan sedangkan peluang terbuka luas untuk anda merancang dengan mengagihkan risiko ini sesama umat Islam melalui skim takaful. Dengan ini anda menyertai skim jariah dan khairat yang terbaik demi kesejahteraan ummah.

Untuk melindungi aset ini anda perlu mempunyai polisi takaful yang boleh menjamin pendapatan kewangan yang berterusan kepada keluarga sehingga 80% pendapatan bulanan anda.

Mungkin anda lebih mengutamakan pelaburan tetapi anda tidak boleh melupakan perlindungan. Sedangkan pendapatan bulanan anda sudah mencukupi untuk saraan keluarga anda jika anda terus sihat dan mampu berkerja. Bagaimana jika risiko kematian, lumpuh, ditimpa musibah penyakit kritikal milik anda dalam usia anak dan isteri anda memerlukan pendapatan anda???

Sudahkah anda memiliki polisi yang melindungi pendapatan anda sehingga 80% pendapatan bulanan anda.?

Sudahkan anda mempunyai polisi yang melindungi kos rawatan penyakit kritikal yang mungkin menimpa anda?

Atau anda sanggup menunggu giliran sehingga berbulan bagi menerima rawatan di hospital kerajaan?

Ubahlah sikap anda, agihlah sebahagian perbelanjaan kedalam tabung perlindungan.

Hubungi saya: 013.323.9602

16 Oktober, 2010

Perlindungan RM1,000,000 bersama MAA Takaful

Salam,

Mungkin ramai dari kita - terutama orang2 islam yang tidak pernah terfikir untuk mengambil perlindungan untuk diri sehingga mencecah RM 1 juta (Satu Juta Ringgit). Sedangkan bangsa-bangsa lain, polisi RM1 juta sudah menjadi kebiasaan.

========================

Saya mengambil peluang untuk berkongsi anda tentang Perlindungan RM 1 juta bersama MAA Takaful - pada pandangan saya merupakan PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL BERASASKAN PELABURAN YANG TERMURAH DI MALAYSIA

=====================
Lihat quotation yang diberikan dibawah; mungkin anda ada keperluan dan kehendak untuk melindungi diri / pendapatan sehingga RM 1,000,000

Nama : Encik Prospek
Umur : 30 thn (DOB terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok

Sumbangan tahunan : Hanya RM8,000 sahaja

Perlindungan / Benefit untuk anda :-

* Khairat Kematian (biasa) - RM1,000,000
* Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) - RM1,000,000
* Khairat Kematian (Kemalangan) - RM1,100,000
* HUK (Kemalangan) - RM1,100,000
* Elaun Hospital - RM200 / hari
* Perlindungan 36 Penyakit Kritikal - RM200,000
* Waiver of Contribution* - RM8,000
* Kecacatan akibat kemalangan - bayaran mengikut % dari nilai perlindungan kemalangan sebanyak RM100,000


* waiver of contribution - bila berlaku 36 penyakit kritikal kepada si pembayar - maka sijil ini akan menjadi PERCUMA sehingga matang @ sehingga sijil diserahkan.


JANGKAAN PULANGAN TUNAI**

Selepas 15 tahun sumbangan - RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan - RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan - RM 215,413

LIHAT FAKTA INI !

Anda berlindung selama 20 tahun ;
jumlah sumbangan RM8,000 X 20 tahun = RM160,000
Jangkaan pulangan tunai - RM175,710 !

Anda sebenarnya mendapat PERLINDUNGAN PERCUMA sebanyak RM1,000,000 selama 20 tahun !

** pulangan tunai adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin - bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF - 100%)

Berminat untuk mengetahui tentang lebih jelas perlindungan RM1 juta - boleh sms saya di 013 3239602 (shah) atau email onesyah_80@yahoo.com

================================
Penafian : Ilustrasi di atas adalah berdasarkan kefahaman saya semata-mata. Ianya bukan merupakan kontrak sah dari MAA Takaful. Untuk maklumat yang tepat - sila baca sijil Perlindungan yang dikeluarkan.

15 Oktober, 2010

Mencari Yang Halal Itu Fardhu Setiap Muslim

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?


Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.


Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.


Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-


a) Tabarru’ dan Mudarabah


b) Wakalah dan Tabarru


Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )


1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.


2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.


Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).

12 Oktober, 2010

10 tip murah rezeki

1.Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Ta’ala
2.Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Ta’ala
3.Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
4.Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskin…kalau boleh, setiap hari. (Carilah anak- anak yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah Ta’ala tanpa kita sedari.
5.Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Ta’ala bukannya mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
6.Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
7.Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat al-Imran ayat 92
8.Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
9.Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
10.Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.

07 Oktober, 2010

7 Asas Memupuk Fikiran POSITIF

Cemana nak berfikiran positif?
Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya.
Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin,
sebanyak mungkin.

Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!

06 Oktober, 2010

4 TIP SIHAT NABI S.A.W

Mandi pagi sebelum subuh boleh mengurangkan lemak berkumpul.

Sujud 1 minit selepas solat subuh dapat mengelak daripada sakit kepala.

Hisap hujung jari selepas makan membantu mencernakan makanan.

Elakkan kombinasi makanan berikut: susu+daging, daging+ikan, ikan+susu,ayam+susu, ikan+telur, ikan+daun salad, susu+cuka, buah+susu(koktel) Kombinasi makanan tersebut akan menghasilkan tindakbalas biokimia yang akan merosakkan usus kita.

05 Oktober, 2010

Sikap negatif - 11 petanda dominan

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…

.suka memaki-maki
.memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
.cepat bersangka buruk
.belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
memandang rendah
.hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
.panas baran, cepat naik marah
.suka berbohong dan mengada-adakan cerita
.cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
.sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
.suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif.

03 Oktober, 2010

STRESS VS SOLAT

satu persoalan tentang stress,..

mampukah kita untuk tidak stress?

jawapan ada pada diri kita,.. ada orang yang memang mampu untuk tidak stress,.. hidupnya penuh ceria,. bukan tiada ujian bertandang namun, ada rahsia dalam dirinya yang membuatkan dia kuat,..

walau ujian bertimpa,..namun,.. dia tidak stress,..

apa rahsianya?

solat,.

apakah dia solat yang khusu’?

sesungguhnya solat itu membawa ketenangan yang tidak dapat diberikan oleh yang lain,..

khusyu’ dalam solat adalah satu proses yang perlu didapatkan secara usaha bersungguh dan berterusan,..

namun teruskanlah bersolat walau diri belum lagi dianugerahkan nikmat khusu’,.. kerana sesungguhnya dengan niat untuk solat sahaja tatkala ditimpa musibah,..kita telah mencipta satu gelombang ketenangan dan tenaga positif itu telah mula menyelubungi diri,.. itu hanya baru berniat akan menunaikan solat dua rakaat belum lagi benar-benar menunaikan solat,.

lalu, bayangkan sekiranya kita bangun mengambil wudhu’ yang sempurna dan seterusnya menunaikan solat dua rakaat tatkala fikiran berserabut dengan stress,. hati gundah gulana dengan masalah yang bertimpa-timpa,..

masyaallah,..

tunaikanlah solat,..

cahayanya pengubat stress…
SURAH 2 AL BAQARAH ( SAPI BETINA ) AYAT 153 :
Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

SOLAT TIANG AGAMA

7 TIP MAHU CERIA SELALU

bayangkan seseorang yang berwajah ceria. senyum selalu. airmukanya manis. ucapannya berhikmah. tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya. walau rupanya tidak cantik tetapi perwatakannya membuatkan dia sejuk mata memandang.

bandingkan dengan yang ini. wajahnya kusut sentiasa bermasalah. melihat sahaja wajahnya yang masam murung dan tidak bermaya, membuatkan hati kita terus tertekan. sudahlah begitu , ditambah pula dengan mulut berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan menyindir-nyindir. bagaimana dengan orang sekelilingnya?

lalu, yang mana satu pilihan kita? mahu menjadi dia dalam senario 1 atau 2? kerana kita boleh memilih. Allah itu adil. diberi jalan . diberi pilihan dan disediakan balasan.

lalu, atas pilihan kita juga , kita mahu menjadi orang yang bagaimana.

7 tips untuk ceria.

1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

ceria selalu. hidup berbakti. SELAMAT BERAMAL!!

Tips perancangan kewangan

Sebelum merancang untuk mencapai kebebasan Kewangan, kita perlu tahu berapa banyakkah sebenarnya hutang yang kita ada. Untuk setengah orang, mengira berapa banyak dan sejauh mana mereka terikat dengan hutang bukanlah sesuatu yang digemari. Bagi setengah orang mungkin mereka sudah putus asa. Mereka tahu mereka dalam krisis Kewangan yang besar, tetapi tidak mahu berusaha mengatasinya.

Tetapi sekiranya kita benar-benar serius dalam memperbaiki kedudukan kewangan kita, kita perlu mulakan dengan asas kemahiran merancang kewangan dalam hidup kita.

Berikut adalah beberapa soalan yang perlu kita jawap sebelum kita mula merancang masa depan kewangan yang lebih baik. Letakkan jawapan ‘ya’ pada setiap soalan yang anda fikirkan sesuai dengan anda sekarang.


Adakah anda selalu lewat membayar bil anda?


Pernahkah anda berselindung atau sembunyikan jumlah sesuatu bil daripada pengetahuan pasangan anda?


Pernahkah anda kekurangan wang untuk membaiki kereta anda yang rosak?


Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda tidak perlu dan tidak mampu?


Adakah anda selalu berbelanja melebihi pendapatan?


Pernahkah anda memohon pinjaman bank dan permohonan anda ditolak?


Adakah anda membeli loteri dengan harapan ianya dapat menyelesaikan masalah kewangan anda?


Pernahkah anda mengeluarkan wang simpanan anda dalam keadaan kesempitan?


Adakah jumlah hutang anda (tidak termasuk hutang rumah) melebihi simpanan kecemasan anda?


Jika jawapan ‘ya’ anda 0 pada soalan diatas, bagus kerana anda sebenarnya sudah dapat mengawal kedudukan kewangan anda. Jika jawapan ‘ya’ anda 1-5, anda perlu memikirkan bagaimana hendak mengurangkan jumlah hutang anda. Jika jawapan ‘ya’ anda dalam lingkungan 6-9, awas anda sebenarnya mengalami krisis kewangan yang berat.


Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh digunakan sebagai tips mengurangkan atau menghapuskan sebahagian hutang peribadi anda.


Tip #1: Sekiranya anda mempunyai kredit kad yang mempunyai baki tertunggak.


-Potong atau gunting kesemua kredit kad anda, kecuali tinggalkan satu atau dua kad sahaja.

-Kira perbelanjaan wajib anda setiap bulan, contohnya: petrol, susu anak, belanja dapur dan sebagainya. Katakan perbelanjaan wajib anda tadi ialah RM800, pilih kredit kad yang mempunyai baki yang paling sedikit, bayar baki minimum kad tersebut sebelum due date dengan dilebihkan bayaran RM100 atau RM150 campur RM800 perbelanjaan wajib anda tadi. Selepas itu anda bolehlah mengunakan kad tersebut untuk membayar perbelanjaan wajib anda (RM800) tadi (pastikan anda gunakan kad tadi selepas tarikh penyata/statement date dan bayar semua perbelanjaan baru anda sepenuhnya sebelum due date dicampur baki minimum dan tambahan RM100 atau RM150). Dengan cara ini anda dapat mengurangkan ‘finance charge’ kad kredit anda tadi setiap bulan.

-Bayar hanya bayaran minimum pada kad lain setiap bulan. Kerana cubaan untuk membayar lebih pada semua kad, biasanya hanya akan menyebabkan anda gagal melangsaikan hutang semua kad sampai bila-bila.

-Sebaik baki tertunggak kad pertama telah terbayar, selanjutnya bayar jumlah yang sama dengan bayaran kad pertama tadi ditambah dengan bayaran minimun kad berikutnya sehingga semua baki tertunggak kad kredit anda selesai.

-Setelah semua kad kredit anda tiada hutang tertunggak maka anda haruslah mengunakannya dengan bijak dan berdisplin supaya anda tidak dibebani lagi dengan hutang kad kredit.


Walabagaimanapun cadangan ini hanya boleh digunakan bagi anda yang benar-benar insaf dengan beban hutang kad kredit dan berazam akan mengunakannya dengan bijak.dan displin. Kalau anda rasa tidak dapat mengawal godaan kad kredit adalah lebih baik anda potong semua kad kredit anda. Dan selesaikan dulu kad yang mempunyai baki yang paling sedikit dengan membayar bayaran minimum ditambah sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan. Cara ini adalah lebih sesuai untuk anda.

Kalau kita terbeban dengan hutang kad kredit, sebenarnya ia adalah salah kita sendiri, bukannya salah kad kredit atau bank yang mengeluarkannya.


Tip #2: Anda mungkin perlu mengubah tabiat perbelanjaan anda.


-Gunakan kad kredit bila keadaan terdesak sahaja. Biasakan membuat bayaran secara tunai.

-Fikir dulu sebelum berbelanja. Biasakan diri anda untuk berkata tidak.

-Berbelanja di pasaraya harga rendah.

-Hormati bajet bulanan anda. Kurangkan membeli makanan ringan yang kurang berkhasiat.

-Cari kerja sambilan atau perniagaan sambilan bagi mendapatkan pendapatan tambahan untuk simpanan.

-Kurangkan bil bulanan anda dengan menjimatkan pengunaan elektrik, air dan telefon.

-Periksa semula polisi insuran anda. Mungkin anda boleh dapatkan perlindungan yang sama dengan bayaran yang lebih rendah.

Kesimpulannya hargai setiap sen anda. Kerana sekiranya anda hargai wang anda, wang yang banyak akan datang pada anda insya’Allah dan sekiranya anda tidak hargai wang anda, wang yang banyak akan lari dari anda

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA BERSENAM

Bersenam Keterlaluan
Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

Tidak memanaskan badan
Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat
Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat & awal
Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

Langkah yang silap
Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.

Tidak minum secukupnya
Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.

Makan terlalu sedikit
Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pipihan yang baik

selalu sakit kepala..??

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.


PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan

Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala

Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak

Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium

Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA


Berehat seketika dengan berbaring.

Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam.

Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.

Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

02 Oktober, 2010

Bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia

Memandangkan ramai yang bertanyakan mengenai pinjaman perumahan, disini saya senaraikan beberapa maklumat umum bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia.

Pinjaman bank di Malaysia punyai beberapa pakej tertentu dan keistimewaan mereka tersendiri. Dari pemerhatian saya, hampir 55% pembeli rumah diMalaysia hanya pergi ke satu atau dua bank sahaja sebelum mereka membuat keputusan membeli rumah. Hanya 5% sahaja pembeli yang membuat “survey” lebih dari 3 bank. Manakala hampir 30% pembeli membuat keputusan menerima pakej pinjaman dari cadangan pihak penjual dan rakan-rakan. Selebihnya hampir 10% pula menggunakan internet sebagai sumber maklumat pinjaman.

Sebelum anda mula lakukan sebarang transaksi booking, nasihat saya selidiki pinjaman anda dahulu. Lakukan bajet mudah untuk mengenali kelayakkan anda seperti;

- Sasaran bayaran bulanan yang saya ingin tanggugi

- Sasaran bayaran pendahuluan yang saya ingin keluarkan

- Semak akaun simpanan saya

- Semak simpanan EPF saya

- Semak simpanan ASB dan Tabung Haji

Setelah anda perolehi segala maklumat, baru lah anda membuat bajet sendiri. Gunakan kalkulator pinjaman untuk mendapatkan jumlah bayaran minima setiap bulan. Setelah itu barulah anda membuat keputusan adakah saya boleh beri komitmen ini untuk 20 tahun, 30 tahun, atau 45 tahun? fikirkan dahulu.

Memang mudah mengatakan membeli rumah anda tidak akan rugi, tidak seperti membeli kerta yang nilai hartanya akan susut mengikut keadaan dan kondisi kereta itu. Sebenarnya membeli hartanah, adalah satu komitmen sepanjang hayat, yang mana ia menuntut anda terus menerus membayar didalam jangka tempoh yang lama. Jadi pilih la mana yang termampu. Tidak perlu terikut-ikut pelabur-pelabur “hadrcore” ini, lakukan mengikut cara anda sendiri, biarpun ia mengambil masa dan perlahan.

Setelah anda tahu akan status kelayakkan barulah anda “shop around”, jika boleh, pilihlah hartanah pegangan bebas (Freehold) yang mempunyai nilai tinggi. Setelah itu sediakan dokumen – dokumen penting untuk dihantar pada bank;

Dokumen-dokumen pinjaman

1.Salinan fotokopi kad pengenalan
2.Slip gaji 3 bulan terkini
3.Deposit atau resip tempahan
4.Salinan geran pegangan jika ada
5.Salinan penyata bank / buku simpanan/ simpanan tetap boleh digunakan

Margin Pinjaman

Margin pinjaman anda berbeza ia bergantung pada nilai pasaran dan kedudukan kewangan anda. Margin pinjaman 100%, 90% atau 95 termasuk MRTA adalah contoh kadar pinjaman yang biasa dipraktiskan oleh bank. Bukan setakat itu sahaja, jenis hartanah, lokasi harta, umur peminjam dan pendapatan juga akan di ambil kira oleh pihak bank.

Tempoh pinjaman

Memanjangkan tempoh pinjaman adalah satu cara baik untuk mengurangkan bayaran bulanan. Lebih-lebih lagi ia berguna pada pelabur hartanah. Kerana lagi sedikit duit yang keluar dari poket, lagi tinggi nilai hartanah itu pada mereka. Kebiasaan bank akan meletakkkan maksima 35 tahun atau sehingga anda berumur 65 tahun, mana yang dahulu.

Bagi mereka yang berumur, ada beberapa teknik yang biasa digunakan untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda, tetapi saya akan menyambung kembali artikel ini pada bahagian kedua pada hari esok. Jadi sebelum membuat pinjaman dapatkan khidmat dasihat dari pegawai bank berdekatan kerana mereka lebih arif mengenai pakej-pakej pinjaman mereka .

7 TIP BELI RUMAH LELONG

“Beli rumah lelong? nah… sebelum tu awak kena pastikan benda ni… ni… ini…” itulah cakap-cakap yang kerap kali kita dengar dari kawan-kawan yang entah berpengalaman atau tidak dalam selok belok beli rumah lelong. Walau apa pun cakap-cakap orang, dibawah ini saya sertakan 7 tip beli rumah lelong. sila baca tip-tip dibawah.

1. Sebelum membeli rumah lelong, buatlah carian hak milik secara rasmi dipejabat tanah terbabit, lawat rumah lelong berkenaan dan jika boleh pergi ke pejabat pemaju untuk dapatkan maklumat selanjutnya. (benda ni kadang-kadang boleh dapat, kadang-kadang pemaju tak layan kita… apa boleh buat cari jalan lain lah!)

2. Hubungi pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat.

3. Selain itu, mungkin wajar juga anda meninjau sendiri rumah lelong itu dan mengambil gambar hartanah itu, lepas tu yang paling penting… datang tempat lelongan tepat pada waktunya.. kalau awal lagi baik.

4. Pada hari lelongan, pembida wajib sediakan 10 peratus daripada harga rizab harta atau rumah, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek selalunya tidak diterima.

5. jangan lupa pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan kad pengenalan.

6. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.

7. Kalau hantar wakil, wakil pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus harga pembelian dan tandatangan jualan kontrak.

7 tip ini sebagai pengetahuan umum saja, dari pengalaman saya, 7 perkara ni memang wajib dan kena tahu. Walau apa pun rumah lelong mungkin ada masalah jika hartanah tu sendiri ada masalah. Jadi nasihat saya, dapat kan nasihat kawan-kawan dan selamat berlelong!