Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

03 Oktober, 2010

Tips perancangan kewangan

Sebelum merancang untuk mencapai kebebasan Kewangan, kita perlu tahu berapa banyakkah sebenarnya hutang yang kita ada. Untuk setengah orang, mengira berapa banyak dan sejauh mana mereka terikat dengan hutang bukanlah sesuatu yang digemari. Bagi setengah orang mungkin mereka sudah putus asa. Mereka tahu mereka dalam krisis Kewangan yang besar, tetapi tidak mahu berusaha mengatasinya.

Tetapi sekiranya kita benar-benar serius dalam memperbaiki kedudukan kewangan kita, kita perlu mulakan dengan asas kemahiran merancang kewangan dalam hidup kita.

Berikut adalah beberapa soalan yang perlu kita jawap sebelum kita mula merancang masa depan kewangan yang lebih baik. Letakkan jawapan ‘ya’ pada setiap soalan yang anda fikirkan sesuai dengan anda sekarang.


Adakah anda selalu lewat membayar bil anda?


Pernahkah anda berselindung atau sembunyikan jumlah sesuatu bil daripada pengetahuan pasangan anda?


Pernahkah anda kekurangan wang untuk membaiki kereta anda yang rosak?


Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda tidak perlu dan tidak mampu?


Adakah anda selalu berbelanja melebihi pendapatan?


Pernahkah anda memohon pinjaman bank dan permohonan anda ditolak?


Adakah anda membeli loteri dengan harapan ianya dapat menyelesaikan masalah kewangan anda?


Pernahkah anda mengeluarkan wang simpanan anda dalam keadaan kesempitan?


Adakah jumlah hutang anda (tidak termasuk hutang rumah) melebihi simpanan kecemasan anda?


Jika jawapan ‘ya’ anda 0 pada soalan diatas, bagus kerana anda sebenarnya sudah dapat mengawal kedudukan kewangan anda. Jika jawapan ‘ya’ anda 1-5, anda perlu memikirkan bagaimana hendak mengurangkan jumlah hutang anda. Jika jawapan ‘ya’ anda dalam lingkungan 6-9, awas anda sebenarnya mengalami krisis kewangan yang berat.


Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh digunakan sebagai tips mengurangkan atau menghapuskan sebahagian hutang peribadi anda.


Tip #1: Sekiranya anda mempunyai kredit kad yang mempunyai baki tertunggak.


-Potong atau gunting kesemua kredit kad anda, kecuali tinggalkan satu atau dua kad sahaja.

-Kira perbelanjaan wajib anda setiap bulan, contohnya: petrol, susu anak, belanja dapur dan sebagainya. Katakan perbelanjaan wajib anda tadi ialah RM800, pilih kredit kad yang mempunyai baki yang paling sedikit, bayar baki minimum kad tersebut sebelum due date dengan dilebihkan bayaran RM100 atau RM150 campur RM800 perbelanjaan wajib anda tadi. Selepas itu anda bolehlah mengunakan kad tersebut untuk membayar perbelanjaan wajib anda (RM800) tadi (pastikan anda gunakan kad tadi selepas tarikh penyata/statement date dan bayar semua perbelanjaan baru anda sepenuhnya sebelum due date dicampur baki minimum dan tambahan RM100 atau RM150). Dengan cara ini anda dapat mengurangkan ‘finance charge’ kad kredit anda tadi setiap bulan.

-Bayar hanya bayaran minimum pada kad lain setiap bulan. Kerana cubaan untuk membayar lebih pada semua kad, biasanya hanya akan menyebabkan anda gagal melangsaikan hutang semua kad sampai bila-bila.

-Sebaik baki tertunggak kad pertama telah terbayar, selanjutnya bayar jumlah yang sama dengan bayaran kad pertama tadi ditambah dengan bayaran minimun kad berikutnya sehingga semua baki tertunggak kad kredit anda selesai.

-Setelah semua kad kredit anda tiada hutang tertunggak maka anda haruslah mengunakannya dengan bijak dan berdisplin supaya anda tidak dibebani lagi dengan hutang kad kredit.


Walabagaimanapun cadangan ini hanya boleh digunakan bagi anda yang benar-benar insaf dengan beban hutang kad kredit dan berazam akan mengunakannya dengan bijak.dan displin. Kalau anda rasa tidak dapat mengawal godaan kad kredit adalah lebih baik anda potong semua kad kredit anda. Dan selesaikan dulu kad yang mempunyai baki yang paling sedikit dengan membayar bayaran minimum ditambah sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan. Cara ini adalah lebih sesuai untuk anda.

Kalau kita terbeban dengan hutang kad kredit, sebenarnya ia adalah salah kita sendiri, bukannya salah kad kredit atau bank yang mengeluarkannya.


Tip #2: Anda mungkin perlu mengubah tabiat perbelanjaan anda.


-Gunakan kad kredit bila keadaan terdesak sahaja. Biasakan membuat bayaran secara tunai.

-Fikir dulu sebelum berbelanja. Biasakan diri anda untuk berkata tidak.

-Berbelanja di pasaraya harga rendah.

-Hormati bajet bulanan anda. Kurangkan membeli makanan ringan yang kurang berkhasiat.

-Cari kerja sambilan atau perniagaan sambilan bagi mendapatkan pendapatan tambahan untuk simpanan.

-Kurangkan bil bulanan anda dengan menjimatkan pengunaan elektrik, air dan telefon.

-Periksa semula polisi insuran anda. Mungkin anda boleh dapatkan perlindungan yang sama dengan bayaran yang lebih rendah.

Kesimpulannya hargai setiap sen anda. Kerana sekiranya anda hargai wang anda, wang yang banyak akan datang pada anda insya’Allah dan sekiranya anda tidak hargai wang anda, wang yang banyak akan lari dari anda

Tiada ulasan: