Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

17 November, 2010

PELAN TAKAFUL KELUARGA : KHAIRAT KEMATIAN

Pelan Takaful Keluarga memberi banyak perlindungan kewangan kepada waris peserta yang mengambil pelan ini. Salah satu manfaat yang ditawarkan ialah bantuan kewangan khairat kematian.

Memberi maksud bantuan kewangan semasa proses pengurusan jenazah, kini ciri pelan ini bukan sahaja membantu dalam proses sedemikian. Ini adalah kerana, pada masa kini ramai pihak tampil memberi derma kilat apabila berlaku kematian tidak kira saudara terdekat, rakan taulan, majikan, pemimpin tempatan dan ramai lagi.

Oleh yang demikian, bantuan kewangan segera yang diberikan oleh pihak operator takaful sekurang-kurangnya boleh memberi kelegaan sementara kepada waris dalam proses membuat tuntuan pelan asas takaful keluarga.

Bagaimana pelan ini berfungsi ?

Bagi peserta takaful yang mengambil pelan yang besertakan Rider Khairat Kematian, tuntutan manfaat khairat kematian boleh diuruskan setelah mendapat dokumen sokongan seperti permit kubur. Cek tuntutan boleh diperolehi dalam masa 24 jam selepas borang tuntutan manfaat Khairat Kematian dihantar.

PELAN TAMBAHAN DANA PERSARAAN ANDA

Peserta yang menyertai pelan takaful bukan sahaja boleh menikmati perlindungan kewangan disaat musibah datang menimpa, mereka juga boleh menikmati satu pelan perancangan simpanan yang terancang dan teratur seakan seperti pelan KWSP bagi pekerja.

Apabila tempoh matang telah sampai, peserta takaful yang telah menyimpan secara berdisplin boleh menikmati simpanannya beserta dengan pulangan keuntungan yang telah dikredikan semasa tempoh mencarum.

Kelebihan menyimpan melalui pelan takaful keluarga ialah kita boleh mendisplinkan diri menyimpan untuk pelan persaraan kita. Menyimpan dengan kerelaan diri sendiri tidak menjadi kesalahan, tetapi banyak kes yang ditemui oleh penulis, agak sukar bagi kita untuk sukarela menyimpan bagi objektif tertentu. Lebih-lebih lagi bagi individu yang mempunyai kewangan yang goyah akan mudah untuk terlepas melakukan rutin ini.

Oleh yang demikian, jadikan pelan takaful keluarga anda sebagai platform untuk kita mula mamaksa diri sendiri menyediakan tabung persaraan kita kelak.

IMPIAN ADALAH PERCUMA

Memiliki sebuah impian tidak memerlukan kos, malah ia adalah percuma. Oleh sebab itu kita perlu merebut barang yang percuma. Tiada siapa yang akan melarang kita jika kita ingin mempunyai impian. Malah kita tidak akan mengganggu orang lain jika mempunyai impian.

Selalu impikan kejayaan, kerana dengan mempunyai impian untuk berjaya setiap hari, satu hari kelak kejayaan akan datang kepada kita. Seperti yang selalu disebutkan kuasa tarikan mempunyai kaitan rapat dengan apa yang kita impikan setiap hari.

Kejayaan orang yang ternama bermula dengan impian. Neil Amstrong, angkasawan pertama yang berjaya menjejak kaki di bulan mula memikirkan impiannya ketika beliau masih kecil. Kejayaan kisah-kisah usahawan ternama dalam bidang yang mereka ceburi kesemuanya bermula dengan impian.

Walaupun anda belum memulakan perniagaan sendiri, tidak salah untuk anda mula memikirkan apakah impian yang anda inginkan. Sematkan didalam hati dengan melihat serta menyebut impian anda setiap hari. Secara tidak langsung anda akan memulakan perjalanan kejayaan anda dengan sendiri.

KEMALANGAN DAN SIKAP MANUSIA

Kejadian kemalangan ngeri yang melibatkan kenderaan awam bulan lalu di lebuh raya Plus berdekatan Alor Gajah benar-benar mengulangi lagi kisah tragedi kemalangan kenderaan bas yang tiada kesudahan.

Tidak perlu mengira faktor jalan, faktor cuaca, faktor “hantu” yang mengganggu pemandu, sikap pemandu itu sendiri perlu diubah bagi menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan lebuh raya ini.

Apa akan jadi sekiranya kenderaan yang terlibat itu adalah kenderaan yang dinaiki oleh VIP /orang kenamaan yang sudah tentu menjadi isu negara. Beberapa pandangan pakar mendakwa betapa terlalu banyaknya jumlah kematian akibat kemalangan di negara ini berbanding jumlah kematian akibat peperangan di bumi Ghaza.

Minggu lalu hasil pemantauan wartawan akhbar nasional mendapati bahawa masih lagi ramai pemandu bas yang memandu melebihi had laju di lebuh raya. Masih wujud lagi pemandu bas yang memandu laju sesama sendiri di lebih raya. Dan lebih teruk lagi mereka boleh berhubung sesama sendiri bagi mendapatkan maklumat jika terdapat operasi pemantauan oleh polis trafik.

12 November, 2010

MAA Takaful : Smart Medic Card yang sangat Berbaloi Baloi

Kalau nak compare dengan kad Smart Medic MAA Takaful ni pun bleh gak.

1. Tiada Ko-Takaful.

2. Tiada Jadual Pembedahan Terbatas

3. Had Seumur Hidup Yang Tinggi ( RM 150 ribu - RM 600 ribu )

4. Pembaharuan Terjamin ( Lagi tak sampai had seumur hidup lagi tu lah boleh guna)
5. Boleh diteruskan sehingga umur 80 tahun.

6. Manfaat harian bilik hospital RM 150 - RM 450

7. Ada khairat mati apa saja sebab RM 5000

8. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

9. Diperakui di 79 buah hospital pakar seluruh Malaysia.

10.Boleh dapat pahala lagi tu.

11.Harga yang menarik dan murah. Ada yang harganya baru RM 32.25 sebulan.

bagi yang masih belum ada kad vip hospital swasta ni, bila lagi nak apply..;-)

09 November, 2010

KEPERLUAN ASAS ANDA & KELUARGA ANDA..

Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas

Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.

(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)

"Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"

Tanyakan Pada Diri Anda :-

· Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?

· Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya.

Kemungkinan ianya ANDA, Keluarga ANDA atau KITA???

Permintaan dan Pendapatan Wang Tunai.

Sekiranya keluarga anda tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran.
Mereka SUDAH TENTU akan menuruni tangga.

Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?.
Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat.
SAMALAH dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya Kehidupan ini terhenti MAKA pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan.

Sekiranya keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

Rancangkan "sedikit wang" (5% - 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita.

Menyimpan Lebih Sedikit dalam Takaful akan menjadikan hidup akan datang keluarga anda lebih sempurna.
TAKAFUL sebenarnya bukanlan untuk anda,tetapi untuk isteri dan anak-anak ANDA!!

APA YANG ANDA AKAN LAKUKAN...??

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG

· Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?

· SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?

· Minta pertolongan kedua orang tua kita.

· SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?

· Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.

· Mereka pun sama macam kita - tak ada ?

· Minta Bantuan dari Saudara mara.

· Berapa banyak mereka boleh bantu anda.

· Minta bantuan rakan rakan.

· Bolehkah mereka banyak menolong ?

· Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai.

· Jabatan Kebajikan.

Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :

· Bil - RM16-50.

· Sudah tentu kita masih mampu.

· Bil - RM500-1000?

· Kita boleh mengambil dari wang simpanan kita.

· Bil - RM20,000 hingga RM100,000.???

· Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.
Adakah kita akan mengambil langkah terakhir ini ???

Bil Hospital Adalah Sangat Mahal

Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,Anda dikehendaki untuk membayar wang Pendahuluan sebelum mendapat rawatan.
Selepas itu pula, Anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Bil hospital adalah sangat tinggi yang mana Anda boleh membayar dengan :

· Kad Kredit.

· Hasil Pendapatan Tunai.

· Duit Simpaan.

· Meminjam.

· Memajakkan barang kemas.

· Mencagarkan Rumah.

· Menjual Kereta.

SAYA ada Cara untuk menangani masalah seperti ini.
Hubungi SAYA dan insyaAllah SAYA akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat

03 November, 2010

Macamana dengan nasib keluarganya..

Salam dan bertemu kembali....

penulisan coretan peribadi atas peristiwa yang berlaku dpn mata hari ni....
dalam perjalanan ke gombak petang tadi dlm pukul 2.45pm (ada appointment dgn agen di gombak). dan seperti kebiasaan skrg - hujan akan turun pada waktu petang di area lembah klang ni....

semasa melalui LDP selepas kepong menuju ke gombak - tiba2 hujan turun dengan lebatnya.... 'kena berhati-hati memandu dlm keadaan basah dan hujan macam ni - takut terbabas nanti jadinya....'

selepas aje kawasan taman permainan layang2 di kepong / selayang? (aku pun tak pasti) - tiba2 jem....

'mesti kemalangan atau banjir kilat' ni - getus hati aku.....kereta aku bawa bergerak amat perlahan... lebih kurang selepas 10 min drive dalam keadaan jem - nampak ada 2 kon jalan di letakkan pada tengah2 jalan..... 'jalan rosak - berlubang kot - fikir aku'

bila tiba dekat je dengan kon tu - terlihat sekujur tubuh terbaring. Darah bercampur air hujang merah memenuhi jalan..... 'penunggang motosikal mati di langgar - kataku'..........
baru sahja berlaku ni - sebab mayat masih belum di alihkan. orang ramai-ramai berhenti untuk sama-sama melihat peristiwa ini.....

aku bila lihat kemalangan sebegini - perkara pertama terlintas di fikiran, adakah orang ini mempunyai pelindungan insurans / takaful? inilah yang selalu bermain sejak mula mengenali apa itu kepentingan insurans / takaful. Sebab apa soalan sebegini selalu bermain di hati? kerana sebab-sebab di bawah :-

i. Keluarga si penunggang motor tadi pasti dengan tidak disangka akan menerima satu panggilan 'keramat' dari pihak berwajib tentang kematian ketua keluarga nya! Pembawa pulang rezeki setiap bulan tiba2 hilang dari dunia ini. Bagaimana jika isterinya tidak bekerja? siapa yang akan bantu / beri / bawa pulang rezekinya setiap bulan ke rumah seperti yang beliau lakukan sebelum ini?

ii. Jika beliau ada anak - persekolahan anak2 tak sampai berapa minggu lagi? Siapa yang akan bantu keluarga itu untuk beli2 barangan persekolah anak2nya.... siapa yang akan bayar yuran awal tahun anak2, yuran bus sekolah siapa yang akan bayar nanti? atau terpaksa tunda dulu persekolahan semata-mata masalah kewangan sebab pencari nafkah sudah tiada? Siapa yang akan menanggung perbelanjaan persekolahan anak dia dari skrg - sampai anak dia ke universiti nanti?

iii. Urusan pengkebumian - adakah si mati tadi mempunyai wang untuk urusan terakhirnya sebelum beliau 'tiada' dari dunia ini. Duit kain kapan, upah pengkebumian dan lain-lain - adakah di sediakan dari dulu lagi? (di saat beliau sendiri jauh dari sangka bahawa beliau akan tiada secepat ini dan dalam keadaan sebegini).
Kalau tiada- dengan siapa ahli keluarganya hendak pinjam atau adakah sesiapakah yang sudi memberi pinjam?

iv. Hutang-hutang simati (jika ada) - siapa yang akan jelaskan semua hutang2nya... adakah ada cukup wang untuk upah haji kepada si mati.. (jika si mati belum menunaikan haji)....... kalau hutang tak dapat dijelaskan - alangkah malangnya beliau - kerana hutang wajib di jelaskan. Mungkin memberi bebanan kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan hutangnya.....

isu-isu di atas lah yang menjadikan aku semakin yakin bahawa setiap umat islam memerlukan perlindungan insurans / takaful. tidak banyak - sedikit pun dah ok. sekurang2 dapat menyelesaikan semua hutang di dunia pun dah ok (dengan tidak menyusahkan kaum keluarga yang ditinggalkan) semata-mata menyelesaikan hutang yang dibuat oleh kita....

jadi - sekadar berpesan kepada diri sendiri dan tuan2.... ambil lah polisi insurans / takaful. kalau kewangan tak mampu utk ambil perlindungan yang besar2 - cukup lah permulaan ambil dengan jumlah yang kecil....... nak ambil dengan syarikat mana2 pun - saya tak kisah. yang paling utama - perlindungan mesti ada........

INGAT ! Insurans / Takaful yang kita ambil bukan utk diri kita sendiri sebenarnya ! Insurans / Takaful yang kita ambil ini adalah untuk - ISTERI KITA APABILA DIA SUDAH MENJADI SEORANG BALU / UNTUK ANAK-ANAK KITA APABILA MEREKA SUDAH MENJADI ANAK YATIM !

salam...........