Salam dan bertemu kembali....
penulisan coretan peribadi atas peristiwa yang berlaku dpn mata hari ni....
dalam perjalanan ke gombak petang tadi dlm pukul 2.45pm (ada appointment dgn agen di gombak). dan seperti kebiasaan skrg - hujan akan turun pada waktu petang di area lembah klang ni....
semasa melalui LDP selepas kepong menuju ke gombak - tiba2 hujan turun dengan lebatnya.... 'kena berhati-hati memandu dlm keadaan basah dan hujan macam ni - takut terbabas nanti jadinya....'
selepas aje kawasan taman permainan layang2 di kepong / selayang? (aku pun tak pasti) - tiba2 jem....
'mesti kemalangan atau banjir kilat' ni - getus hati aku.....kereta aku bawa bergerak amat perlahan... lebih kurang selepas 10 min drive dalam keadaan jem - nampak ada 2 kon jalan di letakkan pada tengah2 jalan..... 'jalan rosak - berlubang kot - fikir aku'
bila tiba dekat je dengan kon tu - terlihat sekujur tubuh terbaring. Darah bercampur air hujang merah memenuhi jalan..... 'penunggang motosikal mati di langgar - kataku'..........
baru sahja berlaku ni - sebab mayat masih belum di alihkan. orang ramai-ramai berhenti untuk sama-sama melihat peristiwa ini.....
aku bila lihat kemalangan sebegini - perkara pertama terlintas di fikiran, adakah orang ini mempunyai pelindungan insurans / takaful? inilah yang selalu bermain sejak mula mengenali apa itu kepentingan insurans / takaful. Sebab apa soalan sebegini selalu bermain di hati? kerana sebab-sebab di bawah :-
i. Keluarga si penunggang motor tadi pasti dengan tidak disangka akan menerima satu panggilan 'keramat' dari pihak berwajib tentang kematian ketua keluarga nya! Pembawa pulang rezeki setiap bulan tiba2 hilang dari dunia ini. Bagaimana jika isterinya tidak bekerja? siapa yang akan bantu / beri / bawa pulang rezekinya setiap bulan ke rumah seperti yang beliau lakukan sebelum ini?
ii. Jika beliau ada anak - persekolahan anak2 tak sampai berapa minggu lagi? Siapa yang akan bantu keluarga itu untuk beli2 barangan persekolah anak2nya.... siapa yang akan bayar yuran awal tahun anak2, yuran bus sekolah siapa yang akan bayar nanti? atau terpaksa tunda dulu persekolahan semata-mata masalah kewangan sebab pencari nafkah sudah tiada? Siapa yang akan menanggung perbelanjaan persekolahan anak dia dari skrg - sampai anak dia ke universiti nanti?
iii. Urusan pengkebumian - adakah si mati tadi mempunyai wang untuk urusan terakhirnya sebelum beliau 'tiada' dari dunia ini. Duit kain kapan, upah pengkebumian dan lain-lain - adakah di sediakan dari dulu lagi? (di saat beliau sendiri jauh dari sangka bahawa beliau akan tiada secepat ini dan dalam keadaan sebegini).
Kalau tiada- dengan siapa ahli keluarganya hendak pinjam atau adakah sesiapakah yang sudi memberi pinjam?
iv. Hutang-hutang simati (jika ada) - siapa yang akan jelaskan semua hutang2nya... adakah ada cukup wang untuk upah haji kepada si mati.. (jika si mati belum menunaikan haji)....... kalau hutang tak dapat dijelaskan - alangkah malangnya beliau - kerana hutang wajib di jelaskan. Mungkin memberi bebanan kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan hutangnya.....
isu-isu di atas lah yang menjadikan aku semakin yakin bahawa setiap umat islam memerlukan perlindungan insurans / takaful. tidak banyak - sedikit pun dah ok. sekurang2 dapat menyelesaikan semua hutang di dunia pun dah ok (dengan tidak menyusahkan kaum keluarga yang ditinggalkan) semata-mata menyelesaikan hutang yang dibuat oleh kita....
jadi - sekadar berpesan kepada diri sendiri dan tuan2.... ambil lah polisi insurans / takaful. kalau kewangan tak mampu utk ambil perlindungan yang besar2 - cukup lah permulaan ambil dengan jumlah yang kecil....... nak ambil dengan syarikat mana2 pun - saya tak kisah. yang paling utama - perlindungan mesti ada........
INGAT ! Insurans / Takaful yang kita ambil bukan utk diri kita sendiri sebenarnya ! Insurans / Takaful yang kita ambil ini adalah untuk - ISTERI KITA APABILA DIA SUDAH MENJADI SEORANG BALU / UNTUK ANAK-ANAK KITA APABILA MEREKA SUDAH MENJADI ANAK YATIM !
salam...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan