Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

17 November, 2010

KEMALANGAN DAN SIKAP MANUSIA

Kejadian kemalangan ngeri yang melibatkan kenderaan awam bulan lalu di lebuh raya Plus berdekatan Alor Gajah benar-benar mengulangi lagi kisah tragedi kemalangan kenderaan bas yang tiada kesudahan.

Tidak perlu mengira faktor jalan, faktor cuaca, faktor “hantu” yang mengganggu pemandu, sikap pemandu itu sendiri perlu diubah bagi menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan lebuh raya ini.

Apa akan jadi sekiranya kenderaan yang terlibat itu adalah kenderaan yang dinaiki oleh VIP /orang kenamaan yang sudah tentu menjadi isu negara. Beberapa pandangan pakar mendakwa betapa terlalu banyaknya jumlah kematian akibat kemalangan di negara ini berbanding jumlah kematian akibat peperangan di bumi Ghaza.

Minggu lalu hasil pemantauan wartawan akhbar nasional mendapati bahawa masih lagi ramai pemandu bas yang memandu melebihi had laju di lebuh raya. Masih wujud lagi pemandu bas yang memandu laju sesama sendiri di lebih raya. Dan lebih teruk lagi mereka boleh berhubung sesama sendiri bagi mendapatkan maklumat jika terdapat operasi pemantauan oleh polis trafik.

Tiada ulasan: