Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

31 Julai, 2010

MEMAHAMI HIBAH DAN HIKMAHNYA

1. ISLAM SECARA UMUM
Secara umumnya, Islam merangkumi Aqidah sebagai dasar dan prinsip, Syariat sebagai amalan dan tindakan kerja dan Akhlak sebagai hasil dan penyempurna kehidupan. Pembahagian ini sekadar memudahkan pengajian dan kefahaman, namun ketiga-tiga komponen ini saling berkait dan tidak boleh berpisah untuk melahirkan Islam yang sempurna dan lengkap. Pemisahan dalam pengajian bukan bererti mesti berlaku pemisahan sama dalam amalan dan tindakan kerana akidah tidak bererti tanpa bukti amalan syariat, dan akidah dan syariat tidak bermaksa tanpa akhlak. Manakala akhlak sahaja tanpa akidah dan syariat adalah rapuh dan tak bertahan kekal sampai ke akhirat. Perpaduan dan kesatuan akidah, syariat dan akhlak itulah dinamakan Islam. Islam itu indah, tetapi keindahannya tidak akan menyerlah sehingga ianya dilaksanakan dalam kehidupan….. Hayatilah !

2. MUAAMALAH DALAM ISLAM
Mu’amalah (Pengurusan Masyarakat & Harta) bermaksud urusan pergaulan hidup manusia yang melibatkan akad/ kontrak dan hak milik manusia. Ia meliputi perkara berikut :
Mu’amalat
• Jual beli
• Riba
• Salam/ Tempah
• Gadaian
• Qaradh
• Tanam Menanam
• Pengairan
• Mudharabah
• Syarikah/ Perkongsian Harta
• Sewa Menyewa
• Wakalah/ Penjagaan Harta
• Hiwalah/ Pindah Hutang
• Dhaman/ Jaminan
• Wadi’ah/ Serah Amanah Harta
• Pinjam Meminjam
• Hibah/ Pemberian
• Luqathoh/ Anak Buangan
• Wasiat/ Pusaka dll.

3. PENGENALAN HIBAH
Hibah merupakan permasalahan lama yang baru diwar-warkan. Kalimah ini tidak ada dalam fikiran dan ingatan masyarakat Islam sekian lama Di serata dunia. Untuk kefahaman masyarakat, istilah yang jarang kedengaran perlulah disebut-sebut dalam majlis rasmi dan tidak rasmi sehinggalah istilah tersebut basah di setiap bibir anggota masyarakat. Tetapi pendekatan yang paling berkesan ialah ‘pelaksanaan’ program hibah ini dan istilah yang belum difahami. Namun, kefahaman yang didahulukan dengan penjelasan yang bersistem yang kemudiannya disusuli dengan tindakan, tentu akan benar-benar berakar umbi ke dalam benak dan minda bawah sedar anggota masyarakat Islam. Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang terlalu jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding dengan zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat – pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain. Lantaran itu, adalah wajar perbicaraan tentang Hibah ini diketengahkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.

4. HIBAH DI SUDUT BAHASA
Hibah merupakan kalimah Arab yang memberi maksud ‘pemberian’. Di sudut bahasa, Hibah adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan padanya (barang yang diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan. Mengikut pengertian ini, Hibah boleh jadi pada zat yang tertentu dan bukan zat tertentu.(1) Contoh ada ‘ain/ zat tertentu ialah mengurniakan/ memberi anak lelaki atau perempuan (lihat : surah al-Syuura/ 49), manakala contoh tiada ‘ain/ zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Aali ‘Imran/ 8). Disebut kepada pemberi hibah sebagai ‘Waahib’ (واهب), penerima hibah sebagai ‘Mauhuub lahu’(موهوب له) dan harta yang diberikan sebagai ‘Mauhub’ (موهوب) dan ‘Mauhabah’ (موهَبة).(2)

5. HIBAH DI SUDUT ISTILAH
Hibah di sudut istilah syara’ ialah : Memberi milik benda tanpa ganjaran/ gantian (al-Jurjaani). Atau :Hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran/ gantian (al-Majallah).(3)Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : ‘Akad yang memberi faedah pemilikan ‘ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.(4)
Kata Imam al-Raghib al-Ishfihani dalam bukunya ‘Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an’ : “الهبة أن تجعل ملكك لغيرك بغيرعوض ” yang bermaksud : “Hibah ialah anda menjadikan harta milik anda kepada orang lain tanpa gantian/ganjaran.” Sekian dipetik. Jika pemberi mengatakan, aku berikan kain ini dengan ganti beras itu, lalu dipersetujui oleh penerima, maka ini bukan hibah tetapi menjadi jual beli, meskipun disebut ‘beri/ hibah’.

6. PERUNDANGAN HIBAH DALAM ISLAM
Hibah dengan maksud umum itu adalah disukai, disaran dan digalakkan melalui al-Qur’an, al-Sunnah dan al-Ijma’.
1. Al-Qur’an : Surah An-Nisa’ ayat 4 : “dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.”Selepas mas kahwin diserahkan – wajib – kepada para isteri, lalu isteri-isteri itu ‘memberi’ kembali dengan rela hati, maka pemberian itu bolehlah dimakankan dan halal bagi suami mengguna-pakai pemberian isteri-isteri itu.
2. Hadis : “Wahai wanita muslimat, jangan memandang hina seorang jiran akan pemberian seorang jiran yang lain, walau pun pemberian itu hanya ‘firsina syat’.” – al-Bukhori dan Muslim. ‘Firsina syat’ iaitu kaki kambing yang tidak berdaging.”Banyak hadis yang menyebut tentang hibah ini, antaranya ialah : “Kalaulah aku (Rasulullah s.a.w.) dijemput ke jamuan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menyahutnya. Dan kalaulah aku dihadiahkan kaki hadapan atau kaki kecil, nescaya aku menerimanya.” – al-Bukhori.(5)
3. Ijma’ : Sesungguhnya telah sepakat ahli feqah Islam pada setiap zaman ke atas galakan melakukan hibah/ ‘memberi’ dengan segala jenis pemberian lantaran ianya adalah pintu kerjasama dalam kebajikan yang allah sarankan dalam al-Qur’an (lihat al-Qur’an : surah al-Maaidah/ 2)

7. RUKUN HIBAH
Rukun adalah teras yang menjadikan sesuatu itu mampu tegak dengannya dan akan runtuh tanpanya. “Rukun sesuatu ialah sudutnya yang sesuatu itu tenteram kepadanya, dan dipinjam untuk (maksud) kekuatan…… Dan ‘Arkanul ‘ibaadat’ (rukun-rukun ibadat) ialah penjuru-penjurunya yang mana di atas penjuru-penjuru itulah menjadi tempat binaan ibadat itu, dan dengan meninggalkan rukun-rukun ini terbatallah ibadat itu.” – ‘Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an’ oleh Imam al-Raghib al-Ishfihani.
Rukun hibah memberi maksud teras hibah yang mana tanpa teras ini hibah tidak akan terjadi atau dikatakan batal. Rukun hibah ada tiga sebagaimana rukun jual beli ada tiga. Rukun hibah ialah :1. Dua orang yang melakukan akad/ kontak iaitu Pemberi hibah dan Penerima hibah. Syarat bagi pemberi ialah :
1. pemilik sah barangan (benda yang dihibahkan)m maka tidak sah memberi sesuatu yang bukan miliknya seperti memberi kenderaan yang dipinjamnya.
2. orang yang berkelayakan memberi sumbangan, maka tidak sah kanak-kanak, orang gila, orang yang mengigau, dan sebagainya memberi hibah. Bagi kanak-kanak dan orang gila, penjaganya juga tidak berhak memberi hibah bagi pihak yang dijaganya.
3. bebas mengurus pada hartanya, maka tidak boleh memberi oleh mereka yang dihalang mengurus harta seperti orang yang diisytihar bangkrap dan orang yang dungu. Manakala syarat penerima hibah ialah : orang yang berkelayakan untuk memiliki harta yang diberi, maka boleh menerima hibah oleh orang gila dan kanak-kanak kerana mereka berkelayakan tetapi tidak boleh mengurus, namun penjaga yang menerima hibah itu bagi pihak mereka berdua. Walau pun begitu, bayi dalam kandungan tidak berkelayakan menerima hibah kerana belum mampu milik secara pilihan. Perlu diingatkan bahawa ‘kelayakan’ atau keahlian menerima harta berbeza dengan keahlian mengurus harta. Kanak-kanak layak menerima, tetapi tidak layak mengurus. Begitu juga orang gila, orang bankrap dan orang dungu.

SALING BERTAKAFUL UTK KESEJAHTERAAN UMMAH

Setiap yang hidup pasti akan mati. WAJIB.
Manusia takkan hidup kekal selamanya.
Manusia MUNGKIN sakit. Berapa peratuskah manusia di dunia ini yang TIDAK PERNAH sakit sepanjang hayatnya?
Manusia juga SESEKALI terpaksa dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan oleh sakit.

Adakah terdapat di antara para pembaca yang ingin menafikan fakta-fakta di atas?
Ingin mengaku “saya tidak akan mati” ?
Ingin mengaku “aku PASTI takkan sakit” ?
Ingin mengaku “aku YAKIN, aku tak akan dimasukkan ke dalam wad di hospital untuk mendapatkan rawatan” ?

Mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah sakit, mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Malang tidak berbau. Tiada siapa yang boleh meramalkan masa depannya.

Oleh itu, timbullah pepatah melayu, yang berbunyi, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Kita tidak tahu bilakah hujan akan turun. Namun, jika kita dah sediakan payung awal-awal, payung tersebut dapat membantu kita sekiranya hujan turun. Bukan sekadar hujan, malah payung juga kadang-kadang digunakan ketika panas terik. Tak rugi sediakan payung awal-awal. Setuju tak?

DENGAN HANYA MENYIMPAN SERENDAH RM2.66 SEHARI (RM80 SEBULAN)* ANDA AKAN MENDAPAT PELBAGAI MANAFAAT!

1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun.

4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Takaful, sumbangan dalam Takaful akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta serendah RM50 sehari

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7).

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai
Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat.

13. Amal Jariah (Tabbaru'at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.

* bergantung kepada umur serta syarat ditetapkan

MAA TAKAFUL KOMITED MEMPERJUANGKAN & MEMPERKENALKAN SISTEM MUAMALAT ISLAM. SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT...0133239602

Kanser tiroid

Kanser tiroid

Tiroid adalah kelenjar yang paling besar dalam tubuh. Ia terletak pada bahagian leher berhampian halkum. Tiroid mengawal kadar pembakaran tenaga oleh tubuh, membuat protin dan tahap sensitiviti badan terhadap hormon.

Dianggarkan 20,000 kes baru kanser tiroid setiap tahun. Perempuan adalah lebih terdedah kepada penyakit ini dengan nisbah 3:1. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semua peringkat umur, walaupun ia lebih dikesan selepas umur 30 dan lebih agresif terhadap pesakit yang lebih berusia.

Majoriti pesakit mengalami bengkak pada tiroid mereka tanpa sebarang simptom. Harus diambil perhatian, 99% bengkak pada tiroid bukan disebabkan oleh kanser. Tapi, sekiranya kanser merebak pada tiroid, ia selalunya menimbulkan bengkak pada tiroid.

Fakta ringkas tentang bengkak pada tiroid:
1. Seorang dari 12 - 15 orang perempuan muda mempunyai bengkak pada tiroid.
2. Seorang dari 40 orang lelaki muda mempunyai bengkak pada tiroid.
3. Lebih 95% dari bengkak tersebut bukan disebabkan kanser.
4. Sebahagian bengkak dipenuhi dengan cecair dan bukan tisu tiroid.
5. Kebanyakkan manusia akan mendapat bengkak tiroid apabila menjangkau usia melebihi 50 tahun.
6. Kejadian bengkak pada tiroid meningkat seiring usia.

Sekali urusan operate dekat RM13000-15000. InsyaAllah Smart Medic akan membantu anda tanpa sebarang bayaran

tanggungjawab siapa???.....


Sekiranya ini yang berlaku....



Renung-renungkan.....

Ternyata semakin ramai rakyat malaysia terutamanya orang melayu mula sedar kepentingan takaful.dengan kos rawatan yang semakin tinggi sesungguhnya kad perubatan amat penting.Namun sebelum kita mengambil takaful dgn mana2 syarikat,elok kita kaji keperluan kita terlebih dahulu cthnya tujuan kita mengambil takaful dan konsep.Dari segi konsep rasanya ramai dah tahu,tapi tujuan kita mengambil takaful.

1.perlindungan pendapatan
2.kos rawatan

mari kita sama2 buat check and balance.
1.hutang kereta - rm???
2.hutang rumah - rm???
3.keperluan harian - rm???
4.hutang kad credit - rm???
5.persekolahan anak2 - rm???

berapa perbelajaan bulanan kita?fikir-fikirkan...
bayangkan jika ditakdirkan esok kita lumpuh dan hilang mata pencarian dan pendapatan...
bagaimanakah dengan kehidupan kita?perbelanjaan harian kita?anak-anak kita?bagaimana pula jika berlaku kematian awal...apakah cukup simpanan kita?bagaimana hutang-piutang kita?pendidikan anak-anak kita?
makan dan pakaian anak-anak kita?
mari sama-sama kita fikirkan sejenak...

6.kos rawatan kita - rm???
jika esok anda memerlukan RM100,000 adakah anda sudah bersedia???
kami sedia membantu anda...cuma simpan 10% dari pendapatan anda setiap bulan di MAA TAKAFUL...mampu menyelesaikan masalah anda...

semalam adalah sejarah...
hari ini adalah anugerah...
esok adalah misteri...
fikir-fikirkan..
dan renung-renungkan.

Akaun Takaful


BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK !

22 Julai, 2010

Perancangan Takaful Anda

Sebelum anda menyertai mana-mana pelan takaful, elok sekiranya anda mengetahui dan memahami konsep Pelan Perancangan Takaful. Ini bagi memudahkan anda membuat perancangan yang teliti dan tepat bagi keperluan anda dan keluarga.

Pelan Perancangan Takaful atau Pelan Kewangan Keluarga Islam (Islamic Family Financial Planning) terbahagi kepada 3 peringkat utama iaitu bermula dengan yang paling asas, Perlindungan (Protection). Kedua ialah Simpanan (Savings) dan peringkat teratas ialah Pelaburan (Investment). Secara asasnya setiap keluarga Islam (atau individu) perlu meneliti samada perancangan kewangan yang dirancang mereka memenuhi ketiga-tiga peringkat ini.

Mengapa kita perlukan perancangan sebegini? Ini kerana masa depan tak mampu diramal. Kehidupan kita melalui pelbagai peringkat. Setiap peringkat tersebut mempunyai kemungkinan yang tersendiri, samada kemungkinan yang baik mahupun kemungkinan yang buruk. Apa yang boleh kita lakukan ialah mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut.

1. Perlindungan (Protection)

Asas utama dalam perancangan takaful anda ialah Perlindungan (Protection). Mulakan dengan meletak asas yang kukuh bagi diri dan keluarga anda. Sekiranya anda sebagai seorang pencari nafkah dalam keluarga, maka perlu ada perlindungan yang menyeluruh untuk memastikan pendapatan keluarga anda tidak terputus sekiranya anda ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Begitu juga dengan sekiranya anda mengalami penyakit kritikal dan ditimpa kemalangan. Bagaimana keluarga anda dapat menjalani kehidupan seharian sekiranya pendapatan yang anda bawa pulang setiap bulan tiba-tiba putus apabila anda ditimpa musibah? Tambah perit apabila anda tiada sebarang perlindungan untuk mengantikan pendapatan tersebut. Bagaimana dengan hutang anda? Bagaimana dengan perbelanjaan dapur? Bagaimana dengan perbelanjaan sekolah anak anda?

Letaklah asas perlindungan yang kukuh untuk masa depan anda dan keluarga.

2. Simpanan (Savings)

Peringkat kedua dalam Perancangan Takaful ialah Simpanan (Savings). Simpanan selalunya dilakukan untuk memenuhi keperluan gaya hidup, perancangan persaraan atau untuk pendidikan anak-anak. Gaya hidup selalunya berbeza bagi setiap individu dan bersifat kepuasan peribadi. Ada yang menginginkan gaya hidup mewah dengan mempuyai kereta mewah, rumah besar atau melancong ke luar negara. Ada juga yang sekadar ingin gaya hidup bersederhana. Apa pun gaya hidup anda, semua itu memerlukan simpanan bagi merealisasikannya. Bagi perancangan persaraan pula, sudah tentu anda mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang tanpa memerlukan anda berfikir untuk mencari nafkah bagi menampung duit persaraan yang tidak mencukupi. Adakah anda mahu bekerja sebagai jaga atau pemandu teksi selepas bersara nanti? Kenapa tidak gunakan waktu persaraan tersebut untuk beristirehat di rumah, bermain dengan cucu atau menunaikan Haji/Umrah bersama isteri tersayang?

Simpanan pendidikan pula untuk anak-anak anda. Setiap tahun saingan untuk menempatkan diri ke universiti semakin sengit. Begitu juga untuk mendapatkan biasiswa kerajaan mahupun swasta. Sebagai ibu bapa semestinya kita ingin yang terbaik buat anak-anak kita. Apakah persediaan kita untuk masa depan anak kita? Adakah cukup sekadar mengharapkan PTPTN untuk menampung kos pembelajaran anak kita? Kenapa tidak kita mulakan simpanan dari awal agar kita tidak bersusah payah untuk meminjam wang dari PTPTN atau saudara-mara untuk menyara anak kita ke universiti. Sediakan payung sebelum hujan.

3. Pelaburan (Investment)

Peringkat yang teratas ialah Pelaburan (Investment). Melalui pelaburan, anda dapat menjana pulangan pendapatan yang tinggi. Matlamat utama dalam pelaburan ialah untuk mencapai kebebasan kewangan. Walau bagaimanapun ramai dikalangan kita yang lebih memfokuskan kepada pelaburan berbanding perkara asas iaitu simpanan dan perlindungan. Sebab itu ramai dikalangan kita yang terjebak dengan skim cepat kaya, pelaburan internet haram, dan sebagainya. Dalam pelan perancangan takaful, pelaburan merupakan perkara terakhir yang perlu anda fikirkan selepas perlindungan dan simpanan. Kerana tanpa asas yang kukuh (perlindungan dan simpanan), bagaimana anda dapat mengecapi kebebasan kewangan (pelaburan)?

Kesimpulan

Dalam membina perancangan kewangan peribadi atau keluarga, maka ketiga-tiga peringkat ini perlu diambil serius. Kami di MAA Takaful sedia membantu anda membuat perancangan tersebut. Alhamdulillah kerana produk di MAA Takaful meliputi ketiga-tiga peringkat dalam Pelan Kewangan Keluarga Islam di atas.

Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan

Semua orang tidak kira personal atau company mmg kene wat financial planning setiap masa. Ini kerana lagi banyak kita mengetahui status kedudukan kewangan semasa sama ada income/outcome lagi banyak rancangan boleh buat utk jangka masa panjang.

Ya.. tak mustahil 900% setahun.. net profit tuh.. then anda boleh expand business lagi. Saya rasa tahun ni bermulanya kelapa sawit naik harga (untung tabung haji tinggi sbb kelapa sawit dan dpt beri bonus 6 bulan gaji melebihi PETRONAS) .. dan begitu juga beras maka adalah bijaksana jika anda mahu invest dalam pertanian dan ternakan termasuk ikan dalam kanvas. Pasaran sedang meningkat sekarang dan rahsia ini bukanlah lagi rahsia sebaliknya sudahpun diketahui umum.

Saya rasa jika anda dapat melebihi breakeven dgn hanya buat info product sudah tentu perjalanan kewangan anda lebih stable dan menyakinkan. Then bolehla bercuti, rileks dan mempunyai lebih masa untuk family tanpa perlu risau pasal duit.

Insurans, takaful dan lain-lain penampan risiko juga bleh dipertimbangkan. Misalnya mengambil polisi MAATakaful dengan hanya RM150 sebulan sudah dapat coverage dalam RM100,000.00 ke atas perlindungan minima yang boleh didapati. So jangan lupa ambil takaful supaya diri anda dapat mengurangkan risiko accident, kecacatan dll di samping membuat investment dengan Takaful Saver kerana ia adalah islamik.

Merancang kewangan juga perlu disusuli dengan sifat berjimat cermat. Anda tidak boleh boros dan membazir, duit adalah amanah yang perlu dijaga dengan baik.. Sebab itulah anda digalakkan menyimpan, buat savings untuk kegunaan masa depan dan elakkan keterlaluan dengan menggunakan credit card. Dunia sekarang sudah mencukupi sebenarnya, cuma nafsu saja yang belum cukup.

Jika anda bebetul nak mencapai financial freedom, cukuplah berqana'ah dengan apa yang ada, semua ini tidak kekal sebab ia akan bersilih ganti. So jalan yang terbaik adalah menjadikan sifat² mahmudah sebagai asas yang baik dalam perancangan kewangan dengan itu hidup anda akan lebih tenang..

Duit banyak pun kenkadang banyak masalah, cuba tengok orang kaya asyik risau dgn hartanya yang banyak akan hilang.. malah takut pula dicuri.. dan banyak pula masalah peribadi menimpa orang-orang kaya ini misalnya banyak penyakit yang kronik. So duit bukanlah segalanya, cuma uruskanlah duit harta itu ke jalan yang baik dan kita akan diberi ganjaran.

Tip Perancangan Kewangan

Mengapa perlu membina tabungan

  • Keperluan kecemasan. Jika berlaku kemalangan dan ditimpa musibah bagaimana kedudukan kewangan anda? Anda tidak perlu bimbang jika mempunyai tabungan mencukupi.
  • Mempunyai lebih pilihan. Tabungan dan simpanan memberi kebebasan untuk anda membuat sesuatu diinginkan seperti bersara awal dan memulakan perniagaan sendiri.
  • Bersara dengan selesa. Setelah bersara, kita bergantung penuh kepada simpanan dan tabungan yang ada. Pelbagaikan simpanan (cthnya: pelan simpanan TAKAFUL) untuk memastikan wang mencukupi selepas bersara.
  • Membantu keluarga dan tersayang. Tabungan (cthnya: pelan simpanan TAKAFUL) anda dapat membantu membiayai pendidikan anak-anak atau menyara keperluan insan yang anda sayangi.

rancang kewangan, manfaatkan lebihan untuk mencapai impian

Ada yang berpendapat wang bukan segala-galanya, ada juga menganggap wang sebagai perantara untuk memenuhi impian atau sesuatu yang dicita-citakan. Apapun definisi yang diberikan,dalam kehidupan masa kini, kita memerlukan wang untuk menjalani dan meneruskan kehidupan.

Maka, dalam kehidupan kita perlu bijak menguruskan wang untuk memanfaatkan lebihannya untuk disimpan atau dilaburkan.

Setiap kita mempunyai impian dalam hidup. Impian tanpa usaha adalah angan-angan. justeru, kita perlu berusaha agar impian kita menjadi nyata. Dalam kata lain, merancang kewangan merupakan panduan pertama untuk merealisasikan impian khususnya melibatkan aspek material.

Begitu juga impian atau matlamat lain sama ada untuk menjalani USIA PERSARAAN YANG SELESA, MEMBIAYAI KOS RAWATAN dan PERUBATAN serta membina tabungan kecemasan..

18 Julai, 2010

Contoh pelan MAA Takaful

Berikut adalah contoh-contoh pelan yang ditawarkan oleh MAA Takaful untuk rujukan anda yang bercadang untuk menyertai MAA Takaful. Pelan MAA Takaful menawarkan kadar pampasan yang tinggi bagi kematian dan hilang upaya kekal dengan caruman bulanan yang rendah.

Pelan 1

MAA Takafulink + Medical Card (RM130 sebulan)

Peserta: En.X
Umur: 25

Pecahan Pelan:

Caruman Takafulink:
RM75.00 sebulan
Manfaat Kematian: RM75,000
Manfaat Hilang Upaya Kekal: RM75,000
Manfaat Tambahan: i) Pelepasan Caruman Jika Mengidap 36 Penyakit Kritikal
ii) Tuntutan 36 penyakit kritikal RM20,000
iii) Elaun Harian Hospital RM100 sehari
Jangkaan Manfaat Pelaburan: RM44,692 (Pada umur 65 tahun dengan kadar keuntungan 8%)

Caruman Medical Card: RM55.00 sebulan
Pelan: 2
Had Tahunan: RM100,000
Had Seumur Hidup: RM300,000
Khairat Kematian: RM5000
Tiada Ko-Takaful 10%

Pelan 2

MAA Takafulink + Medical Card (RM130 sebulan)

Peserta: Isteri En. X
Umur: 25

Pecahan Pelan:

Caruman Takafulink:
RM75.00 sebulan
Manfaat Kematian: RM75,000
Manfaat Hilang Upaya Kekal: RM75,000
Manfaat Tambahan: i) Pelepasan Caruman Jika Mengidap 36 Penyakit Kritikal
ii) Tuntutan 36 penyakit kritikal RM20,000
iii) Elaun Harian Hospital RM100 sehari
iv) Tuntuan penyakit-penyakit khas wanita RM10,000
Jangkaan Manfaat Pelaburan: RM39,849 (Pada umur 65 tahun dengan kadar keuntungan 8%)

Caruman Medical Card: RM55.00 sebulan
Pelan: 2
Had Tahunan: RM100,000
Had Seumur Hidup: RM300,000
Khairat Kematian: RM5000
Tiada Ko-Takaful 10%


Pelan 3

MAA Takafulink Education + Medical Card (RM130 sebulan)

Peserta:
Anak En. X
Umur: 8 bulan

Caruman Takafulink: RM74.00 sebulan
Manfaat Kematian: RM74,000
Manfaat Hilang Upaya Kekal: RM74,000
Manfaat Tambahan: i) Pelepasan Caruman Jika Pembayar Caruman (Ibu/Bapa/Penjaga) Mengidap 36 Penyakit Kritikal, meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
ii) Perlindungan penyakit kritikal kanak-kanak sehingga RM15,000
iii) Elaun Harian Hospital : RM50 sehari
Manfaat Pencapaian Akademik: SPM 5A (RM500) ; SPM 8A (RM1000)
Jangkaan Manfaat Pelaburan: RM29,367 (Pada umur 25 tahun dengan kadar keuntungan 8%)

TAKAFUL – KONSEP INSURANS ISLAM

TAKAFUL merupakan satu konsep insurans berlandaskan Muamalat Islam yang menepati Syariah. Takaful berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.

Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem ‘aqila’ (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.

Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.

Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru’). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.

Secara prinsipnya, sistem Takaful adalah diasaskan atas semangat saling bekerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling bantuan membantu di antara kumpulan-kumpulan peserta

DALIL KERJASAMA

· Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa (al-Birr dan al-Taqwa) dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

(Surah Al-Maidah, Ayat 2)

DALIL TANGGUNGJAWAB

· Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan; apabila salah satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh badan.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

DALIL SALING MELINDUNGI

· Demi diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika ia tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan.

(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sarjana Islam telah membuat keputusan bahawa perlunya ada usaha yang bersepadu untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah yang terbaik untuk menghuraikan keperluan ini.

UNDANG-UNDANG TAKAFUL

Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984, dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Syariah, syarat-syarat Berkanun dan Kawal Selia yang ketat.