Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

22 Julai, 2010

Perancangan Takaful Anda

Sebelum anda menyertai mana-mana pelan takaful, elok sekiranya anda mengetahui dan memahami konsep Pelan Perancangan Takaful. Ini bagi memudahkan anda membuat perancangan yang teliti dan tepat bagi keperluan anda dan keluarga.

Pelan Perancangan Takaful atau Pelan Kewangan Keluarga Islam (Islamic Family Financial Planning) terbahagi kepada 3 peringkat utama iaitu bermula dengan yang paling asas, Perlindungan (Protection). Kedua ialah Simpanan (Savings) dan peringkat teratas ialah Pelaburan (Investment). Secara asasnya setiap keluarga Islam (atau individu) perlu meneliti samada perancangan kewangan yang dirancang mereka memenuhi ketiga-tiga peringkat ini.

Mengapa kita perlukan perancangan sebegini? Ini kerana masa depan tak mampu diramal. Kehidupan kita melalui pelbagai peringkat. Setiap peringkat tersebut mempunyai kemungkinan yang tersendiri, samada kemungkinan yang baik mahupun kemungkinan yang buruk. Apa yang boleh kita lakukan ialah mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut.

1. Perlindungan (Protection)

Asas utama dalam perancangan takaful anda ialah Perlindungan (Protection). Mulakan dengan meletak asas yang kukuh bagi diri dan keluarga anda. Sekiranya anda sebagai seorang pencari nafkah dalam keluarga, maka perlu ada perlindungan yang menyeluruh untuk memastikan pendapatan keluarga anda tidak terputus sekiranya anda ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Begitu juga dengan sekiranya anda mengalami penyakit kritikal dan ditimpa kemalangan. Bagaimana keluarga anda dapat menjalani kehidupan seharian sekiranya pendapatan yang anda bawa pulang setiap bulan tiba-tiba putus apabila anda ditimpa musibah? Tambah perit apabila anda tiada sebarang perlindungan untuk mengantikan pendapatan tersebut. Bagaimana dengan hutang anda? Bagaimana dengan perbelanjaan dapur? Bagaimana dengan perbelanjaan sekolah anak anda?

Letaklah asas perlindungan yang kukuh untuk masa depan anda dan keluarga.

2. Simpanan (Savings)

Peringkat kedua dalam Perancangan Takaful ialah Simpanan (Savings). Simpanan selalunya dilakukan untuk memenuhi keperluan gaya hidup, perancangan persaraan atau untuk pendidikan anak-anak. Gaya hidup selalunya berbeza bagi setiap individu dan bersifat kepuasan peribadi. Ada yang menginginkan gaya hidup mewah dengan mempuyai kereta mewah, rumah besar atau melancong ke luar negara. Ada juga yang sekadar ingin gaya hidup bersederhana. Apa pun gaya hidup anda, semua itu memerlukan simpanan bagi merealisasikannya. Bagi perancangan persaraan pula, sudah tentu anda mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang tanpa memerlukan anda berfikir untuk mencari nafkah bagi menampung duit persaraan yang tidak mencukupi. Adakah anda mahu bekerja sebagai jaga atau pemandu teksi selepas bersara nanti? Kenapa tidak gunakan waktu persaraan tersebut untuk beristirehat di rumah, bermain dengan cucu atau menunaikan Haji/Umrah bersama isteri tersayang?

Simpanan pendidikan pula untuk anak-anak anda. Setiap tahun saingan untuk menempatkan diri ke universiti semakin sengit. Begitu juga untuk mendapatkan biasiswa kerajaan mahupun swasta. Sebagai ibu bapa semestinya kita ingin yang terbaik buat anak-anak kita. Apakah persediaan kita untuk masa depan anak kita? Adakah cukup sekadar mengharapkan PTPTN untuk menampung kos pembelajaran anak kita? Kenapa tidak kita mulakan simpanan dari awal agar kita tidak bersusah payah untuk meminjam wang dari PTPTN atau saudara-mara untuk menyara anak kita ke universiti. Sediakan payung sebelum hujan.

3. Pelaburan (Investment)

Peringkat yang teratas ialah Pelaburan (Investment). Melalui pelaburan, anda dapat menjana pulangan pendapatan yang tinggi. Matlamat utama dalam pelaburan ialah untuk mencapai kebebasan kewangan. Walau bagaimanapun ramai dikalangan kita yang lebih memfokuskan kepada pelaburan berbanding perkara asas iaitu simpanan dan perlindungan. Sebab itu ramai dikalangan kita yang terjebak dengan skim cepat kaya, pelaburan internet haram, dan sebagainya. Dalam pelan perancangan takaful, pelaburan merupakan perkara terakhir yang perlu anda fikirkan selepas perlindungan dan simpanan. Kerana tanpa asas yang kukuh (perlindungan dan simpanan), bagaimana anda dapat mengecapi kebebasan kewangan (pelaburan)?

Kesimpulan

Dalam membina perancangan kewangan peribadi atau keluarga, maka ketiga-tiga peringkat ini perlu diambil serius. Kami di MAA Takaful sedia membantu anda membuat perancangan tersebut. Alhamdulillah kerana produk di MAA Takaful meliputi ketiga-tiga peringkat dalam Pelan Kewangan Keluarga Islam di atas.

Tiada ulasan: