Kanser tiroid
Tiroid adalah kelenjar yang paling besar dalam tubuh. Ia terletak pada bahagian leher berhampian halkum. Tiroid mengawal kadar pembakaran tenaga oleh tubuh, membuat protin dan tahap sensitiviti badan terhadap hormon.
Dianggarkan 20,000 kes baru kanser tiroid setiap tahun. Perempuan adalah lebih terdedah kepada penyakit ini dengan nisbah 3:1. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semua peringkat umur, walaupun ia lebih dikesan selepas umur 30 dan lebih agresif terhadap pesakit yang lebih berusia.
Majoriti pesakit mengalami bengkak pada tiroid mereka tanpa sebarang simptom. Harus diambil perhatian, 99% bengkak pada tiroid bukan disebabkan oleh kanser. Tapi, sekiranya kanser merebak pada tiroid, ia selalunya menimbulkan bengkak pada tiroid.
Fakta ringkas tentang bengkak pada tiroid:
1. Seorang dari 12 - 15 orang perempuan muda mempunyai bengkak pada tiroid.
2. Seorang dari 40 orang lelaki muda mempunyai bengkak pada tiroid.
3. Lebih 95% dari bengkak tersebut bukan disebabkan kanser.
4. Sebahagian bengkak dipenuhi dengan cecair dan bukan tisu tiroid.
5. Kebanyakkan manusia akan mendapat bengkak tiroid apabila menjangkau usia melebihi 50 tahun.
6. Kejadian bengkak pada tiroid meningkat seiring usia.
Sekali urusan operate dekat RM13000-15000. InsyaAllah Smart Medic akan membantu anda tanpa sebarang bayaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan