Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

22 Julai, 2010

rancang kewangan, manfaatkan lebihan untuk mencapai impian

Ada yang berpendapat wang bukan segala-galanya, ada juga menganggap wang sebagai perantara untuk memenuhi impian atau sesuatu yang dicita-citakan. Apapun definisi yang diberikan,dalam kehidupan masa kini, kita memerlukan wang untuk menjalani dan meneruskan kehidupan.

Maka, dalam kehidupan kita perlu bijak menguruskan wang untuk memanfaatkan lebihannya untuk disimpan atau dilaburkan.

Setiap kita mempunyai impian dalam hidup. Impian tanpa usaha adalah angan-angan. justeru, kita perlu berusaha agar impian kita menjadi nyata. Dalam kata lain, merancang kewangan merupakan panduan pertama untuk merealisasikan impian khususnya melibatkan aspek material.

Begitu juga impian atau matlamat lain sama ada untuk menjalani USIA PERSARAAN YANG SELESA, MEMBIAYAI KOS RAWATAN dan PERUBATAN serta membina tabungan kecemasan..

Tiada ulasan: