Semua orang tidak kira personal atau company mmg kene wat financial planning setiap masa. Ini kerana lagi banyak kita mengetahui status kedudukan kewangan semasa sama ada income/outcome lagi banyak rancangan boleh buat utk jangka masa panjang.
Ya.. tak mustahil 900% setahun.. net profit tuh.. then anda boleh expand business lagi. Saya rasa tahun ni bermulanya kelapa sawit naik harga (untung tabung haji tinggi sbb kelapa sawit dan dpt beri bonus 6 bulan gaji melebihi PETRONAS) .. dan begitu juga beras maka adalah bijaksana jika anda mahu invest dalam pertanian dan ternakan termasuk ikan dalam kanvas. Pasaran sedang meningkat sekarang dan rahsia ini bukanlah lagi rahsia sebaliknya sudahpun diketahui umum.
Saya rasa jika anda dapat melebihi breakeven dgn hanya buat info product sudah tentu perjalanan kewangan anda lebih stable dan menyakinkan. Then bolehla bercuti, rileks dan mempunyai lebih masa untuk family tanpa perlu risau pasal duit.
Insurans, takaful dan lain-lain penampan risiko juga bleh dipertimbangkan. Misalnya mengambil polisi MAATakaful dengan hanya RM150 sebulan sudah dapat coverage dalam RM100,000.00 ke atas perlindungan minima yang boleh didapati. So jangan lupa ambil takaful supaya diri anda dapat mengurangkan risiko accident, kecacatan dll di samping membuat investment dengan Takaful Saver kerana ia adalah islamik.
Merancang kewangan juga perlu disusuli dengan sifat berjimat cermat. Anda tidak boleh boros dan membazir, duit adalah amanah yang perlu dijaga dengan baik.. Sebab itulah anda digalakkan menyimpan, buat savings untuk kegunaan masa depan dan elakkan keterlaluan dengan menggunakan credit card. Dunia sekarang sudah mencukupi sebenarnya, cuma nafsu saja yang belum cukup.
Jika anda bebetul nak mencapai financial freedom, cukuplah berqana'ah dengan apa yang ada, semua ini tidak kekal sebab ia akan bersilih ganti. So jalan yang terbaik adalah menjadikan sifat² mahmudah sebagai asas yang baik dalam perancangan kewangan dengan itu hidup anda akan lebih tenang..
Duit banyak pun kenkadang banyak masalah, cuba tengok orang kaya asyik risau dgn hartanya yang banyak akan hilang.. malah takut pula dicuri.. dan banyak pula masalah peribadi menimpa orang-orang kaya ini misalnya banyak penyakit yang kronik. So duit bukanlah segalanya, cuma uruskanlah duit harta itu ke jalan yang baik dan kita akan diberi ganjaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan